window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Melaka kembali sesak, 60,000 kereta masuk minggu lepas!

Mersita ยท Dec 15, 2020 01:00 PM

Melaka kembali sesak, 60,000 kereta masuk minggu lepas! 01

Seperti yang sudah sedia maklum, kelonggaran pergerakan rentas negeri yang diumumkan pada 7 Disember lalu membuatkan ramai penduduk di Semenanjung Malaysia mula merancang perjalanan balik ke kampung dan untuk bersiar-siar.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang mengerumuni Bandaraya Bersejarah Melaka yang sudah sekian lama menjadi tarikan pelancong dan destinasi kegemaran warga Lembah Klang di hujung minggu. Utusan Malaysia melaporkan yang jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka naik mendadak iaitu antara 50,000 – 60,000 buah kenderaan pada minggu lepas dan ini sekaligus merekodkan keadaan trafik yang normal seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita.

Oleh itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya mengumumkan yang Op Lancar akan dijalankan untuk mengawal kesesakan lalu-lintas di kawasan tumpuan di negeri itu bermula dari 23 – 26 Disember ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hasan Basri juga berkata yang pengunjung haruslah mematuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa terutama sekali ketika berada di kawasan pantai. Pasukan JSPT negeri itu akan sentiasa memantau kepatuhan orang ramai bagi memastikan keadaan terkawal mengikut SOP yang ditetapkan.

Melaka kembali sesak, 60,000 kereta masuk minggu lepas! 01

Jalan-jalan kena saman pun dapat menang hadiah

Tambahan pula, polis negeri itu kini sedang menganjurkan kempen ‘Jom Bayar Saman’ yang akan berlangsung dari 15 Disember – 30 Disember 2020 dengan tawaran diskaun sehingga 50%. Pembayar bertuah yang membayar saman menggunakan kad debit di semua kaunter IPD akan berpeluang memenangi Proton X70.

Kesesakan juga dilaporkan berlaku di kawasan tarikan pelancong yang lain seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands pada cuti hujung minggu panjang minggu lepas. Kelonggaran ini diberi sebahagian daripada pertimbangan untuk membantu sektor pelancongan domestik. Oleh itu, silalah jaga SOP dan kebersihan diri sepanjang masa serta rancang perjalanan anda dengan sebaik-baiknya.

Sumber berita: Utusan Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda