Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump

Haris · Oct 19, 2020 02:00 PM

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 01

Mazda Corporation telah mengumumkan penarikan semula produk untuk menggantikan modul penghantaran bahan api  (fuel pump) sebagai langkah berjaga-jaga. Berdasarkan maklumat yang diterima dari Mazda Corporation Jepun, sebanyak 19,685 unit kenderaan Mazda di Malaysia terjejas dalam penarikan semula produk. Model yang terjejas adalah; Mazda 2, Mazda 3, Mazda 6, Mazda CX-3, Mazda CX-5 dan Mazda CX-9 yang dikeluarkan antara 2017 - 2019.

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 02

Sebagai pengedar tunggal kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor, bersama dengan Mazda Corporation, serius dalam menangani masalah ini secepat mungkin. Keselamatan pelanggan menjadi keutamaan dan Mazda memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi kepada pelanggan yang terlibat. Bermaz Motor juga ingin meyakinkan bahawa semua model pengeluaran tahun 2020 tidak terjejas dalam penarikan semula produk ini.

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 01

Penarikan semula produk ini diperlukan sebagai langkah pencegahan untuk mengatasi kemungkinan kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti disebabkan oleh modul pam bahan api.

Penarikan semula produk ini juga sesuai dengan isu yang sama dihadapi di negara-negara lain yang terjejas termasuk China, negara-negara ASEAN dan kawasan lain (Negara-negara di Asia, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean)

Model yang terjejas disenaraikan dalam Jadual 1 berikut:

Model Jumlah unit yang terkesan (Malaysia)
Mazda 2 2,028
Mazda 3 1,441
Mazda 6 13
Mazda CX-3 381
Mazda CX-5 15,780
Mazda CX-9 42

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 02

Pelanggan yang terjejas akan diberitahu melalui surat makluman dan SMS mudah alih, yang akan merangkumi perincian penarikan balik produk. Setelah menerima makluman untuk mengganti pam bahan api, Bermaz Motor menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Bermaz yang sah untuk membuat janji.

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 03

Penggantian pam bahan api yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Mazda Motor Corporation Japan. Tempoh perkhidmatan penyelenggaraan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam atau sedikit lebih lama bergantung pada model dan beban kerja pusat servis pada waktu janji temu. Stok alat ganti akan tersedia secara berperingkat.

Mazda panggil balik model keluaran 2017 - 2019 kerana masalah fuel pump 04

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penarikan semula produk ini atau memeriksa nombor casis kenderaan mereka melalui https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre. Sekiranya pelanggan mengalami keadaan yang tidak biasa semasa memandu, segera hentikan kenderaan di tempat yang selamat dan hubungi penjual atau pusat servis Bermaz untuk langkah seterusnya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mazda 2 Hatchback 1.5 Hatchback GVC Mid-spec

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru