window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk!

Faisal Β· Jun 22, 2023 10:43 AM

Mazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk! 01

Dengan rasminya Mazda 2 Hatchback 2023 di Jepun dan Eropah baru-baru ini, perhatian kini beralih ke Thailand yang mana mereka melancarkan Mazda 2 Sedan facelift.

Sama seperti versi hatchback, terdapat dua jenis wajah yang pelanggan boleh pilih.

Mazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama adalah New Wave Design yang menampilkan elemen bersih dan satu lagi pula adalah varian Sport Design di mana ia menyerlah dengan gril jenis mesh.

Dalam masa yang sama, terdapat dua model edisi khas yang dimasukkan aksesori iaitu jenis Rookie Drive dan Clap Pop.

Setiap varian / pakej aksesori pula ada pilihan warna roda yang tersendiri, warna bumbung berbeza dan juga warna trim cermin sisi, papan pemuka dan tempat duduk yang berlainan. Senang cerita, pelbagai konfigurasi boleh didatangkan kepada pelanggan dan Mazda Thailand sendiri memberitahu bahawa terdapatt 83 jenis konfigurasi yang boleh pembeli buat.

Mazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk! 01

Secara amnya, Mazda 3 Sedan di sana hadir dengan 9 pilihan warna seperti di bawah:

  • Machine Gray
  • Snowflake White Pearl
  • Jet Black
  • Platinum Quartz
  • Polymetal Gray
  • Deep Crystal Blue
  • Air Stream Blue (warna baru)
  • Aero Gray (warna baru)

Untuk pengetahuan anda, Mazda 2 di Thailand dipasang secara lokal di kilang AAT yang terletak di Rayong, hasil kerjasama antara Ford dan Mazda.

Mazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk! 02

Dari segi teknikal, enjin yang digunakan kekal dengan pilihan unit 1.3L NA SkyActiv-G dan 1.5L diesel SkyActiv-D. Kalau anda nak tahu, penawaran ini berbeza dengan Mazda 2 di pasaran kita di mana ia menggunakan enjin 1.5L NA SkyActiv-G dan dijual secara CBU dari Thailand.

Bagi anda yang belum tahu, harga Mazda 2 di Malaysia ditawarkan pada RM 103,000 untuk kedua-dua Hatchback dan Sedan.

Imej dari rakan kami di AutoFun Thailand

Juga bacaMazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Sedan 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda