Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Hyundai Creta ke pasaran Malaysia. SUV segmen B ini ditawarkan melalui varian Plus dengan harga RM 149,888 (CBU Indonesia, harga di atas jalan, tanpa insurans).
Secara amnya, saiz Hyundai Creta sedikit besar daripada Hyundai Kona. Pada bahagian depan, wajahnya didominasi oleh gril Parametric Jewel yang menggabungkan DRL LED terus pada bahagian gerigi. Lampu utamanya sendiri menggunakan jenis projektor LED.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Warna badannya ditawarkan melalui pilihan Dragon Red Pearl, Galaxy Blue Pearl, Titan Grey Metallic, Midnight Black Pearl dan Creamy White Pearl.
Masuk ke bahagian dalam, kabinnya ditonjolkan oleh kluster digital 10.25 inci dengan infotainment 8 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto jenis nirwayar. Antara ciri yang ada termasuklah penyaman udara automatik dengan corong untuk bahagian belakang, kemasukan dan hidup enjin tanpa kunci dan brek parkir elektrik (EPB).
Dari segi teknikal, Hyundai Creta di Malaysia menggunakan enjin 1.5L NA Smartstream G1.5 yang menghasilkan 115 PS dan 144 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT Hyundai yang dikenal sebagai Intelligent Variable Transmission (IVT). Untuk makluman anda, terdapat pilihan mod memandu Eco, Normal, Sport dan Smart.
Untuk aspek keselamatan pula, Hyundai Creta dilengkapkan standard dengan 6 beg udara dan ciri ADASnya datang dengan teknologi yang merangkumi:
- Forward and Blind Spot Collision-Avoidance Assist
- Lane Keeping Assist
- Lane Following Assist
- Leading Vehicle Departure Alert
- Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist
- Safe Exit Warning
- High Beam Assist
Secara standard, 150 pembeli yang pertama bakal menikmati waranti lanjutan 5 tahun/300,000 km beserta servis percuma selama 3 tahun/50,000 km.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });