Lexus NX 2022 yang bakal Malaysia terima raih markah ujian kemalangan IIHS Amerika tertinggi!
Faisal Β· Apr 24, 2022 02:00 PM
0
0
Kelibat Lexus NX 2022 generasi baru telahpun ada di Malaysia. Jadi, kita hanya menunggu masa sahaja sebelum Harrier versi ‘atas’ ini dilancarkan secara rasmi. Setakat ini, Lexus NX baharu sudah mula dijual di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Sementara kita sibuk menunggu pengumuman dari Lexus Malaysia, SUV mewah ini baru sahaja dianugerahkan penilaian keselamatan tertinggi di Amerika Syarikat.
Untuk makluman anda, kedua-dua Lexus NX dan NX Plug-in Hybrid (PHEV) berjaya merangkul anugerah Top Safety Pick+ dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).
Secara teknikal, skala penilaian yang IIHS guna sebenarnya lebih ringkas iaitu Poor, Marginal, Acceptable dan Good. Sebagai perbandingan, ujian pelanggaran seperti European New Car Assessment Programme (Euro NCAP) dan ASEAN NCAP menggunakan skor bintang (dari 0 hingga 5).
Antara aspek yang dinilaikan dalam IIHS adalah:
Pelanggaran pintu pemandu
Pelanggaran pintu penumpang
Pelanggaran depan penuh
Pelanggan tepi penuh
Kekuatan bumbung
Ujian perehat kepala
Pada masa yang sama, kenderaan yang diuji wajib dilengkapkan dengan ciri brek kecemasan autonomi (AEB).
Untuk makluman anda, kedua-dua NX mendapat markah “Good” bagi keenam-enam penilaian. Malah untuk ujian mengelak kemalangan, institut tersebut siap memberikan bonus terhadap NX kerana ada ciri amaran yang akan dibunyikan terlebih dahulu sebelum impak pelanggaran hadapan datang.
Selain ujian pelanggaran di Amerika, Lexus NX juga antara model yang mendapat markah tertinggi dalam Euro NCAP tahun 2022 setakat ini. Tambahan pula, dalam aspek Safety Asisst, SUV mewah ini antara yang terhandal di mana ia mendapat markah sehingga 91%.
Di Malaysia nanti, Lexus NX dijangka hadir dengan ADAS penuh Lexus Safety System+ 3.0. Menurut sumber terdekat, enjin 2.4L turbo (279 PS, 430 Nm) mungkin ditawarkan dahulu sebelum enjin 2.5L NA (206 PS, 243 Nm) beransur. Varian hibrid dan hibrid plug-in pula mungkin hadir melalui tempahan istimewa.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.