window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k!

Haris Β· Oct 11, 2022 04:00 PM

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 01

Krismas datang awal nampaknya apabila UMW Toyota Malaysia telah menawarkan Toyota Harrier 2.0L Luxury yang dipertingkat. SUV mewah ini pertama kali diperkenalkan pada Februari 2021 telah ditambah baik bagi memenuhi keperluan keperluan pasaran yang berkembang sambil memberikan rakyat Malaysia pengalaman memandu yang luar biasa.

Baca: Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT!

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 02

Toyota Harrier edisi pelancaran

Ravindran K., President of UMW Toyota Motor berkata, "Kami juga gembira untuk mempamerkan penambahbaikan baharu yang dibuat pada Toyota Harrier 2.0L Luxury 2022 Improvement (IMP) dan berharap kemas kini ini akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pemandu setiap kali masa mereka berada di belakang roda kerana kami memahami kesemuanya mengenai pemanduan."

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 01

Ruang dalaman Toyota Harrier edisi pelancaran dengan tona warna hitam

Penambahbaikan utama termasuk Panoramic View Monitor dan Toyota Safety Sense yang dikemas kini ciri-ciri seperti:

  • Pre- Collision Brake detection
  • Lane Departure Alert
  • Dynamic Radar Cruise Control

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 02

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 03

Dari segi trenkuasa, Toyota Harrier IMP 2022 ini mengekalkan enjin 2.0L aspirasi natural Dynamic Force yang menghasilkan 173 PS dan 203 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift CVT ke roda hadapan. Harrier juga tampil dengan asas platform TNGA-K serta menggunakan suspensi belakang jenis susunan double wishbone yang lebih canggih, sekali dengan stabiliser bar.

Baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 04

Kemas kini baharu ini meningkatkan kekuatan Toyota Harrier yang sudah lama dipraktikkan - kemewahan, eksklusif dan kebolehpercayaan. Untuk menambah keseronokan, varian baharu telah ditambahkan pada barisan Harrier iaitu:

  • Toyota Harrier 2.0L Special Edition - RM 277,000.00

Varian istimewa ini hadir dalam warna Red Metallic istimewa yang melengkapi tona warna kabin dalaman Coklat mewah baharu, untuk memberikan sentuhan yang lebih atas kepada pemilik.

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 05

Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k! 06

Toyota Harrier IMP 2022 didatangkan dalam lima warna menarik termasuk Slate Grey Metallic, Precious Black, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic dan Platinum White Pearl.

Pesanan untuk Toyota Harrier IMP 2022 bermula pada bulan Oktober dan berharga (OTR) daripada RM274,000 tanpa insurans dengan jaminan pengeluar waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.

Harga tersebut adalah tambahan sekitar RM 24,294 atau kenaikan sekitar 10 peratus daripada harga pengenalan RM249,706.

Baca: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda