window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k!

Khairil ยท Dec 2, 2022 02:00 PM

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 01

PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI) meningkatkan penawarannya dalam segmen motosikal lasak atau 'trail' di pasaran negara jiran itu dengan melancarkan model yang boleh dianggap unik, Kawasaki Stockman (2023).

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 02

Pelancaran itu boleh dianggap sedikit mengejutkan termasuk buat media Indonesia kerana ia adalah model yang berada dalam segmen yang agak sama dengan model seperti Kawasaki KLX dan D-Tracker.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Tiada ZX-4R, tapi naik taraf Kawasaki ZX-25R, ZX-25RR (2023) dilancar di Indonesia, lagi canggih, harga mula RM 31k!

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 01

Dari sudut rekaan, Kawasaki Stockman (2023) jelas mirip dengan versi terdahulu Kawasaki KLX230 terutama rekaaan lampunya yang besar dengan rekaan pelananya juga landai untuk lebih memudahkan penunggang.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 02

Tetapi apa yang membezakan Kawasaki Stockman dengan model lasak/'trail' lain berbanding model Kawasaki lain yang disebutkan adalah ia dilengkapi dengan banyak aksesori unik terutama kelengkapan rak pengangkut.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 03

Dan paling menonjol pastinya kelengkapan rak yang diposisikan di atas bahagian lampu depan serta rak belakang yang besar dan panjang. Begitupun, kelengkapan itu membuatkan Kawasaki Stockman ini datang dengan pelana tunggal.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 04

Selain itu, di bahagian bar handle turut dilengkapi komponen pelindung yang diperbuat daripada aluminium, 'Skid plate' selain 'mudguard' yang sememangnya besar dan panjang.

Juga baca: KMI tayang seragam Merah-Putih Kawasaki Ninja ZX-25R 2022, semarak semangat patriotik di Indonesia!

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 05

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 06

Menurut KMI, berdasarkan rekaan dan kelengkapan yang dipadankan kepada Stockman, ia sememangnya disasarkan untuk aktiviti pertanian.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 07

Di bahagian trenkuasa, Kawasaki Stockman (2023) ini menggunakan enjin yang sama dengan Kawasaki KLX230 iaitu enjin bersesaran 233 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 08

Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 19 PS pada 7.600 rpm dengan tork 19.8 Nm pada 6.100 rpm.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 09

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik lengkap dengan pelindung (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan (preload). Set brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 10

Informasi lain adalah seperti jarak lega bumi 220 mm, ketinggian pelana 845 mm, berat 137 kg dan 7.5 liter.

KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k! 11

Dan berikutan pelbagai kelengkapan yang diberikan, harga jualan Kawasaki Stockman (2023) ini lebih mahal daripada Kawasaki KLX230 iaitu Rp 57.5 juta (RM 16,399) asas manakala pilihan warna yang tersedia hanya satu iaitu Urban Olive Green.

Juga baca: Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda