Kesan penyasaran subsidi bahan api: Jualan EV & hibrid dijangka meningkat kerana rakyat mungkin beralih - Pakar
Faisal · May 24, 2024 04:48 PM
0
0
Menurut penganalisis TA Securities, Angeline Chin, pelaksanaan subsidi bersasar di negara kita secara tidak langsung dijangka meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (BEV) dan hibrid, khususnya pilihan yang lebih mampu milik.
Katanya, berdasarkan kajian Tenaga Nasional Bhd (TNB), kos bahan api/tenaga untuk menggunakan EV adalah 11.4 - 51% lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE). Ketika ini, dilaporkan bahawa terdapat lebih kurang 2,288 stesen pengecas EV di Malaysia, masih jauh untuk mencapai sasaran 10,000 unit menjelang 2025.
Ulas beliau dalam hal ini, "Kerajaan perlu mempercepatkan pemasangan tempat mengecas EV untuk menyokong jualan kenderaan berteknologi seperti ini".
Di samping itu, Angeline memaklumkan bahawa langkah itu dapat memberi tunai tambahan kepada isi rumah, sekaligus mengurangkan kesan rasionalisasi bahan api.
Tekan beliau dalam konteks ini, individu yang terjejas oleh penyasaran subsidi ialah kumpulan T20 dan 3.5 juta warga asing.
"Program rasionalisasi ini dijangka dapat menjimatkan kerajaan kira-kira RM4 bilion setahun," katanya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.