window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita?

Mersita · Apr 11, 2022 08:00 PM

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita? 01

Projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung (KCJB) dilaporkan akan siap tidak lama lagi dan percubaan pertamanya akan dijalankan pada November 2022 – seiring dengan G20 Summit 2022 yang akan dianjurkan oleh Indonesia pada bulan sama, bertujuan untuk “menaikkan semangat”.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, memberitahu perkara ini pada Khamis lalu kepada media Indonesia dan mengatakan bahawa kereta cepat atau tren berkelajuan tinggi baharu ini mempunyai dua fungsi: satu sebagai mod pengangkutan, dan satu lagi sebagai kaedah untuk kemajuan wilayah.

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, tren ini akan mempunyai stesen dimana pembangunan akan membangun, supaya orang ramai boleh memilih untuk tinggal di Walini atau Tegalluar, lapor portal Indonesia Expat.

Projek dibangunkan oleh PT Kereta Cepat Indonesia China ini dijangka akan menerima kesemua siri tren Electric Multiple Units (EMU) terdiri daripada 11 unit berserta satu Comprehensive Inspection Train (CIT) pada suku kedua 2022. EMU ini siap dibina pada awal April 2022 oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Sifang di Qingdao, Shandong.

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita? 01

Kredit imej

Presiden Pengarah KCJB, Dwiyana Slamet Riyadi berkata dalam usaha untuk membuat persiapan bagi percubaan KCJB pada November nanti, kami boleh katakan yang semua EMU dan CIT untuk KCJB sudah disiapkan dan kini memasuki ‘static commissioning’ dan peringkat ujian dinamik.

“Sama seperti rekaan pembinaannya, siri tren EMU dan CIT untuk KCJB ini juga direka mengikut keadaan geologi di kepulauan Jawa. Ini termasuklah teknologi canggih dalam bentuk pemantauan bencana supaya tren ini bukan saja boleh bergerak dengan cepat, namun juga mempunyai tahap keselamatan dan keselesaan yang sangat tinggi,” jelasnya.

Juga baca: Kereta Cepat Jakarta-Bandung boleh capai 350 km/j, apa barang tunggu KTM sejam..

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita? 02

Sebagai info, KCJB akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan canggih dimana ia boleh memantau dan mengesan bahaya seperti gempa bumi, banjir, serta serangan objek asing. Ia juga kalis api. Terminal pemantauan bencana akan dibina di stesen Tegalluar sebagai pusat pengurusan data bencana.

Fuxing CR400AF, model generasi terbaru digunakan untuk KCJB merupakan tren berkelajuan tinggi konvensional terpantas di dunia. Rangkaiannya terdiri daripada lapan gerabak dimana empat daripadanya bermotor manakala separuh lagi tanpa motor. Ia boleh mencapai kelajuan maksima hingga 420 km/jam dan kelajuan operasi 350 km/jam.

Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita? 03

KCJB merupakan Fasa 1 dalam pembangunan tren di sana. Kredit foto

Ia dikatakan boleh menghubungkan penumpang dari Jakarta – Bandung dengan jarak 142 km dalam masa hanya 46 minit (termasuk 10 minit untuk berhenti di 4 stesen). KCJB akan mempunyai empat stesen berhenti iaitu Halim, Karawang, Walini, dan Tegalluar. Harga tiket mengikut kelas bermula dari IDR 150,000 – IDR 350,000 (~RM 44.10 – RM 102.90).

Juga baca: Semakin ramai ikut trend naik kereta api untuk mengembara, strategi perniagaan KTMB berjaya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda