Hampir setahun berlalu sejak kali terakhir kita boleh menikmati juadah di restoran dan kedai-kedai makan dengan bebas, bergelak ketawa bersama rakan ditemani teh tarik panas dan EPL dipancar di skrin-skrin besar. Tiada siapa tahu bila lagi kita akan dibenarkan untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa selagi cengkaman COVID-19 belum dileraikan.
Antara golongan yang terkesan ialah peniaga-peniaga restoran dan akibat kekangan pandemik, mereka harus mencari buah fikiran dan berfikir di luar kotak demi kelangsungan perniagaan mereka.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Satu rangkaian restoran di Cyberjaya sudah mengorak langkah dalam memperkenalkan konsep baru “Hidangan Kereta” dimana pelanggan boleh memilih untuk ‘dine-in’ di restoran tanpa perlu keluar dari kereta.
Rangkaian restoran Padi House membolehkan pelanggan untuk menikmati juadah lengkap dengan meja pangku yang selesa. Cawangan restoran yang menawarkan khidmat ini termasuklah Padi House Prima Avenue Cyberjaya, Padi House Nadayu 99 Cyberjaya (bermula dari 5 Feb), Padi House Lake Fields Sungai Besi (bermula dari 5 Feb), dan juga TokioKafe Cyberjaya.
Sebaik pelanggan tiba untuk pengalaman makan dalam kereta ini, kakitangan restoran akan memasang meja di stereng kereta pelanggan sambil mematuhi segala SOP keselamatan seperti memakai pelitup muka, sarung tangan, lengkap dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan pelanggan dan juga kod QR MySejahtera.
Setelah semua persiapan selesai, pelanggan akan diberi menu dan pesanan boleh dibuat seperti biasa. Kemudian, hanya perlu tunggu makanan dan minuman tiba dan ia boleh dinikmati dengan selesa di dalam kereta! Juadah juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan bermula dari harga serendah RM 5!
Menarik, bukan? Makan di luar bukan saja untuk mengisi perut, malah ia satu aktiviti riadah yang boleh mengurangkan tekanan setelah sekian lama mengamalkan pengasingan sosial. Anda nak cuba tak?
Sumber: Facebook Padi House Malaysia
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });