Baru sehari selepas kejadian warga emas 75 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut pada pagi 3 Januari 2021 di sekitar Mid Valley, seorang lagi penunggang motosikal maut akibat terlanggar lubang jalan. Kali ini, ia melibatkan seorang rider GrabFood di Mutiara Damansara.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang di simpang lampu isyarat di Jalan PJU 7/2. Rider berumur 31 tahun tersebut melanggar satu lubang jalan yang menyebabkan mangsa hilang kawalan motosikal yang ditunggang lalu kecundang di bahu jalan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa sedang menuju satu persimpangan T apabila mangsa secara tidak sengaja terlanggar lubang jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh seorang pembantu perubatan dan post-mortem akan dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah keputusan ujian COVID-19 mangsa diperolehi.
Nik Ezanee berkata yang siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Satu video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya mengatakan yang kemalangan serupa sering terjadi di kawasan tersebut (berhampiran The Curve), tapi belum ada lagi yang menyebabkan kematian. Perakam tersebut menggesa pihak-pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera.
Sumber berita: Malaysia Kini
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });