window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Mersita · Jan 4, 2021 08:00 PM

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 01

Perodua Bezza merupakan sedan Perodua yang pertama sekali, dibangunkan dari asasnya menggunakan platform Perodua Axia. Ia bersaing secara langsung dengan Proton Saga di dalam pasaran sedan segmen A.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 02

Ia telah menerima naiktaraf pertengahan hayatnya pada Januari 2020, dimana sedan Perodua ini diberi rupa bentuk luaran dengan penggayaan baru, kelengkapan keselamatan tambahan, dan juga trim atau kemasan dalaman yang baharu. Pilihan tren kuasanya pula kekal sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 01

Pelanggan boleh memilih antara empat varian, dengan harga bermula dari RM 34,580 to RM 49,980. Harga ini termasuk SST 10%.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 02

Sebagai rumusan, ini pandangan keseluruhan bagi kelebihan dan kekurangan Perodua Bezza 2020:

Kelebihan:

  • Kecekapan minyak yang hebat
  • Lampu hadapan LED bagi semua varian
  • Sedan paling murah yang menawarkan AEB

Kekurangan:

  • Kolum stereng tak boleh dilaras
  • Pemanduan dan pengendalian kurang baik
  • Sistem infotainmen tidak berkualiti

Kelebihan – Kecekapan minyak yang hebat

2020 Perodua Bezza 1.3 Fuel Economy

Ada sebabnya mengapa Perodua Bezza telah menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pemandu teksi dan e-hailing – iaitu kecekapan minyaknya yang hebat.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 04

Disebabkan oleh enjinnya yang jimat minyak dan berat kereta yang rendah, Perodua Bezza cemerlang dalam ujian penjimatan petrol kami. Ia merekodkan sekitar 6.34 liter/100 km, mengalahkan rekod Proton Saga iaitu 7.2 liter/100 km.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 05

Perlu diingatkan yang kami telah nyahaktifkan fungsi start/stop ketika kami jalankan ujian ini kerana bila ia diaktifkan, ia terasa ketara dan agak kasar. Namun, jika anda tak kisah dengan perkara ini, anda boleh dapatkan rekod penggunaan minyak yang lebih bagus.

Kelebihan – Lampu hadapan LED bagi semua varian

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 06

Perkara ini jadi satu 'selling point' kuat bagi Bezza - semua varian Perodua Bezza 2020 diberi lampu hadapan LED.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 07

Walaupun ada yang ‘atas pagar’ dengan lampu hadapan LED, ia jadi satu sebab pembelian yang kukuh apabila pembeli membandingkannya dengan Proton Saga yang tidak dilengkapi perincian sama.

Selain daripada lampu hadapan LED ini, muka hadapan Bezza 2020 digayakan semula dengan gril bawah yang lebih menonjol.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 08

Seperti model terdahulu, lampu breknya juga memaparkan pencahayaan LED – satu lagi perincian yang tiada pada Proton Saga melainkan modelnya yang terdahulu.

Kelebihan – Sedan paling murah yang menawarkan AEB

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 09

Perodua kini dengan jayanya merangkul takhta sedan paling murah dengan AEB pada varian spesifikasi tingginya iaitu Bezza 1.3 AV.

2020 Perodua Bezza ASA cameras

Kamera stereo yang membantu pemandu memantau persekitaran semasa memandu

Walaupun tanda harga RM 49 ribu untuk Bezza 1.3 AV nampak seperti mahal bagi sebuah sedan segmen A (Proton Persona satu segmen lebih besar dan dijual dengan harga yang lebih kurang sama dengan Bezza), perlu diingatkan yang sedan dengan AEB yang paling rapat dengan Bezza ialah Nissan Almera 2020 yang harganya hampir sekali ganda lebih mahal berbanding Bezza.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 11

Oleh itu, Bezza telah berjaya mengumpul pengikutnya yang tersendiri dengan tawaran AEB pada sedan mampu milik kerana Proton tidak menawarkan kelengkapan serupa pada Saga mahupun Persona.

Kekurangan – Pemanduan dan pengendalian yang kurang baik

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 12

Perodua Bezza mungkin menang dari segi penjimatan minyaknya, tapi kualiti pemanduan dan pengendaliannya tidak setanding Proton Saga.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 13

Walaupun Perodua telah menala semula suspension Bezza bagi membolehkannya menyerap hentakan kecil dengan lebih baik, ia masih lagi bergelut dengan permukaan jalan raya yang tidak rata dengan bonggol atau lubang jalan yang besar kerana jarak rodanya lebih pendek berbanding Saga. Jarak roda Bezza ialah 2,455 mm manakala Saga pula 2,555 mm.

Kekurangan – Kolum stereng yang tetap tanpa pelarasan

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 14

Satu perkara yang agak mengejutkan ialah kolum stereng Perodua Bezza yang tidak boleh dilaras, sama seperti Perodua Axia yang menjadi asasnya – tiada pelarasan atas-bawah mahupun teleskopik.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 15

Ia bukanlah satu konsep asing memandangkan model-model segmen A Perodua yang terdahulu secara tradisionalnya tiada kolum stereng yang boleh dilaras, seperti Kancil dan Viva.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 16

Bagi mereka yang bertubuh lebih pendek atau lebih tinggi berbanding ketinggian biasa untuk tempat duduk Bezza, mungkin agak sukar untuk dapatkan posisi memandu yang selesa. Oleh itu, pastikan anda duduk dahulu di kerusi pemandunya dan cuba untuk dapatkan posisi duduk yang selesa dan optimum sebelum menandatangani perjanjian pinjaman anda untuk kereta ini.

Kekurangan – Sistem infotainmen yang berkualiti rendah

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 17

Seperti kebanyakan barisan model Perodua, tiada yang istimewa tentang sistem infotainmen Perodua Bezza.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 18

Jauh sekali dari kelengkapan seperti Android Auto dan Apple CarPlay, sistem infotainmen Perodua Bezza berfungsi dengan agak perlahan manakala paparan pengguna pula tidak intuitif.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 19

Sistem infotainmen jenis terapung bersaiz 7 inci yang didatangkan dengan Saga lebih bagus berbanding Bezza dengan menawarkan pengalaman pengguna serta kualiti bunyi yang lebih bagus.

Kesimpulan

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 20

Jika tidak difikirkan kekurangan yang ada pada Bezza, ia menepati segala hebahan yang dikaitkan dengannya sebagai sebuah sedan yang cekap minyak dan cukup luas untuk seisi keluarga ketika balik kampung.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 21

Kelebihan Bezza semakin menyerlah dengan tren kuasanya yang terbukti bagus dengan ketahanan tinggi. Kombinasi enjin Dual VVT-i 1.3 liter dengan kotak gear automatik 4 kelajuannya sememangnya tahan lasak. Kami rasakan yang jika tren kuasa ini diselenggara dan dijaga dengan baik, ia akan lebih tahan lama berbanding kereta-kereta lain pada julat harga yang sama.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 22

Walaupun kos penyelenggaraannya lebih tinggi sedikit berbanding Proton Saga, sebab utamanya ialah kerana Perodua menggunakan pencucuh (spark plug) iridium yang tahan lebih lama serta minyak enjin sintetik penuh. Walaupun anda terpaksa berbelanja lebih pada awalnya, tapi bahagian-bahagiannya boleh tahan lebih lama.

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras? 23

Secara keseluruhannya, tidak hairanlah jika Perodua Bezza kekal lebih laris berbanding Proton Saga sambil berjaya mempertahankan takhtanya sebagai sedan mampu milik terlaris di Malaysia.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda