window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Juara Asia tak kisah 'turun pangkat', janji dapat bantu Honda dan 'layan' litar!

Khairil · Sep 23, 2021 08:30 PM

Juara Asia tak kisah 'turun pangkat', janji dapat bantu Honda dan 'layan' litar! 01

Saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 yang kembali bersambung, minggu lalu turut menyaksikan penampilan semula juara Asia dua kali, Zaqhwan Zaidi ke kancah perlumbaan berkenaan.

Begitupun, penampilan bekas pelumba yang pernah bersaing di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 di Litar Sepang Utara itu sedikit 'pelik' kerana dia tidak beraksi dalam kelas utama CP150, namun di kelas kedua CP125.

Juara Asia tak kisah 'turun pangkat', janji dapat bantu Honda dan 'layan' litar! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini berikutan tugasnya bersama pasukan, Boon Siew Honda Racing Team adalah daripada sudut pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap jentera Honda Dash yang bersaing dalam kelas berkenaan.

Mengulas lanjut penampilannya di Cub Prix, Zaqhwan memetik Harian Metro berkata terakhir dia menyertai kejohanan adalah pada 2019 sebelum terpaksa berehat panjang kerana perlumbaan yang disertainya seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Seluruh Jepun (AJRRC) terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Juara Asia tak kisah 'turun pangkat', janji dapat bantu Honda dan 'layan' litar! 01

Aksi Zaqhwan pada musim 2016

"Rasa gembira sebab sudah lama tidak berlumba iaitu hampir dua tahun tidak turun ke litar dan apabila ada perlumbaan tempatan ini, kita tak ada peluang lain dan itu saja yang boleh disertai.

"Sebelum ini, kami menunggu lampu hijau daripada pasukan dan apabila sudah diluluskan dan kebetulan pada minggu itu juga perlumbaan, tentu saja saya gembira walaupun tidak meletakkan sasaran apapun terhadap jentera.

Juara Asia tak kisah 'turun pangkat', janji dapat bantu Honda dan 'layan' litar! 02

"Ini kerana kami hanya mahu melakukan R&D terhadap motosikal, memberikan maklumbalas untuk bantu Honda kerana pada masa ini Honda agak bergelut dalam kelas CP125, jadi saya bantu mana yang boleh," katanya.

Pada kepulangan semulanya, Zaqhwan menamatkan perlumbaan pusingan 3 di kedudukan ke-10 dan ke-12 pada Pusingan 4.

Mengulas lanjut, Zaqhwan berkata dia mungkin akan meneruskan tugasnya pada perlumbaan Pusingan 5 dan 6 dijadual berlangsung di Litar Permotoran Terengganu dari 1 hingga 3 Oktober ini dalam usaha mencari pelarasan terbaik untuk pasukan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda