window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris!

Faisal · Dec 7, 2023 10:02 AM

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 01

Proton telah mengumumkan angka jualan buat November 2023 di mana sebanyak 12,296 unit kereta (domestik + eksport) telah dijual. Jualan tahunan setakat tarikh (YTD) hingga November lalu untuk 2023 juga sudah melepasi keseluruhan angka yang diraih pada 2022.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 02

Secara teknikal, jumlah jualan 2023 sehingga November telah mencecah 141,900 unit (138,876 unit domestik & 3,024 unit eksport), berbanding 141,432 unit yang dicapai tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat November juga, Proton menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 12% dengan memegang bahagian pasaran automotif Malaysia sebanyak 19.7%.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 01

Untuk makluman anda, jualan SUV Proton (X50, X70, X90) setakat ini sudah mencecah 201,710 unit. Menerajui jualan bulan lalu adalah Proton X50 (2,115 unit) dan ia merupakan SUV segmen B kedua paling popular di Malaysia.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 02

Bercakap mengenai SUV, Proton X70 meraih jualan sebanyak 739 unit dan jualannya sejak diperkenalkan pada 2018 telah mencecah 95,100 unit. Proton X90 pula kekal menerajui kelas SUV segmen D dengan jualan sebanyak 4,285 unit sejak dilancarkan pada Mei tempoh hari. Jualan untuk November sahaja berjaya dikutip sebanyak 371 unit.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 03

Apa-apapun, penyumbang jualan terbesar Proton adalah dari model PIES (Persona, Iriz, Exora, Saga) di mana pertumbuhan jualan mereka untuk YTD 2023 meningkat 34.3% daripada 2022.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 04

Dengan 6,349 unit terjual pada November lalu, Proton Saga kekal sebagai model terlaris P1. Persona pula model ketiga terlaris Proton (1,902 unit) selepas Saga dan X50.

Jualan untuk November 2023; Saga, X50 dan Persona adalah model Proton paling laris! 05

Juga bacaProton S70 mungkin mengganggu jualan City, tetapi Honda HR-V berjaya mengatasi Proton X50 untuk gelaran B-SUV paling laris

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda