window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan!

Khairil ยท Mar 23, 2021 04:00 PM

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 01

Isu penjualan topi keledar tidak mengikut piawaian SIRIM atau standard keselamatan yang ditetapkan undang-undang bukan perkara baharu namun apa yang pasti, ia masih berterusan.

Itu yang berlaku di Labis, Johor apabila Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Segamat menyita 52 unit topi keledar yang dijual di sebuah premis perniagaan di sini atas kesalahan berkenaan, baru-baru ini.

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 02

Timbalan Ketua Cawangan PPDNHEP Segamat, Mohd Shazuary Md Sarip (tengah). Sumber imej: Utusan Online

Timbalan Ketua Cawangan PPDNHEP Cawangan Segamat, Mohd Shazuary Md Sarip, berkata operasi berkenaan dijalankan susulan aduan awam terhadap penandaan standard keselamatan digunakan ke atas topi keledar motosikal yang dijual di premis terbabit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan pada pukul 10.25 pagi oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa. Hasilnya, 52 topi keledar tanpa jenama dengan pelbagai warna yang dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM 1,820.

Mohd Shazuary berkata, pihaknya melakukan risikan selama beberapa hari sebelum mengenal pasti premis itu yang menjadi lokasi penjualan dan penyimpanan topi keledar motosikal secara haram dan dijual pada harga antara RM30 sehingga RM35.

“Ia rampasan dan serbuan pertama dilakukan di sekitar Segamat setakat ini. Kami memandang serius isu ini dan menyerbu premis yang dikesan mengimport serta mengedarkan topi keledar yang tidak menepati piawaian,” katanya.

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 01

Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Perihal Dagangan 2011 Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Topi Keledar Motosikal) 2012 kerana disyaki membekalkan atau menawarkan untuk dibekalkan topi keledar motosikal yang tidak mempunyai penandaan Standard Malaysia ‘MS1’ atau Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah bertanda ‘E Mar’.

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 02

Hukuman bagi kesalahan itu adalah denda tidak melebihi RM 25,000 jika ia melibatkan pertubuhan atau perbadanan bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM 50,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan pula boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 03

Tambah Mohd Shazuary, harga topi keledar yang murah itu hanya disaluti gabus pada struktur dalamnya yang berisiko mudah retak sehingga boleh mengundang bahaya kepada pemakai.

Jual topi keledar 'steng', 'kura-kura', PPDNHEP Segamat serbu premis jualan! 04

Gambar hiasan

“Masih ada penunggang motosikal yang tegar menggunakan topi keledar mudah retak yang dijual murah di pasaran. Kebanyakan topi keledar tanpa kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad itu adalah antara penyumbang kepada punca kematian mangsa kemalangan jalan raya.

Sumber berita: Utusan Online

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda