window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ buka pendaftaran program MyLESEN GDL - bantuan subsidi, elaun menanti peserta!

Haris · Dec 21, 2021 04:30 PM

JPJ buka pendaftaran program MyLESEN GDL - bantuan subsidi, elaun menanti peserta! 01

Gambar hiasan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan pendaftaran program MyLESEN Goods Driving License 2.0 (GDL 2.0) bertujuan membantu syarikat logistik dan pengangkutan dalam menyelesaikan masalah kekurangan pemandu kenderaan barangan.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, ia dijangka dapat membuka 700 peluang pekerjaan kepada rakyat yang mana ramai terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

“Inisiatif ini dilancarkan selaras dengan Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030. Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Disember ini kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai Competent Driving License (CDL) kelas D atau E,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

JPJ buka pendaftaran program MyLESEN GDL - bantuan subsidi, elaun menanti peserta! 01

Gambar hiasan

Katanya, pemohon hendaklah tidak disenaraihitamkan oleh mahkamah, JPJ atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan  warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat ditetapkan berpeluang menjalani kursus pemanduan kenderaan perdagangan bagi memiliki lesen memandu (E Full) dan GDL dengan sebahagian kos disubsidikan oleh kerajaan.

“Peserta juga akan menerima elaun sekali bayar (one-off) sebanyak RM 500. Pendaftaran program ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan, manakala kursus pemanduan akan dilaksanakan di Institut Memandu (IM) yang memenuhi kriteria kelayakan dan terpilih di seluruh negara,” katanya.

Program MyLESEN GDL 2.0 ini adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia, di samping memperkasakan industri logistik dan tenaga kerjanya.

Pendaftaran peserta dan syarikat yang berminat boleh dilakukan di pautan ini untuk calon syarikat dan pautan ini untuk calon pemandu. Sebarang persoalan boleh dikemukakan ke email mygdl2.0@mot.gov.my.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda