Sebagai pembeli, pasti akan ada situasi di mana kita bertukar fikiran di saat akhir, baik ketika hendak membuat apa-apa keputusan ataupun selepas membeli sesuatu benda. Tidak kisahlah faktor objektif atau subjektif sekalipun, proses yang perlu dilalui untuk mendapat semula apa yang telah dibelanjakan selalunya agak rumit kerana itulah lumrah dunia. Perkara ini dapat dilihat dalam pelbagai benda di sekeliling kita, terutama untuk pembelian barangan mahal seperti kereta.
Namun apa yang bagusnya CARSOME berbanding syarikat jualan kereta terpakai yang lain adalah setiap pembelian didatangkan sekali dengan jaminan pulangan wang dalam 5 hari! Anda pasti terfikir bagaimana CARSOME boleh menawarkan kemudahan yang sebegini rupa? Kalau anda nak tahu, setiap kereta terpakai yang dijual oleh CARSOME yang dikenal sebagai CARSOME Certified telah melalui pemeriksaan 175 titik. Malah, ia juga bebas dari sebarang kerosakan akibat kemalangan besar dan banjir.
Kualiti sebeginilah yang membuatkan CARSOME yakin untuk menawarkan jaminan pulangan wang dalam 5 hari. Syarat untuk anda mendapat pulangan ini pula cukup mudah di mana terdapat hanya 5 syarat yang perlu diikuti, seperti yang disenaraikan di bawah:
1. Dalam keadaan sama tanpa sebarang modifikasi - segala dokumen asal juga perlu dipulangkan
2. Tidak melebihi 300 km dari perbatuan sewaktu menerima kereta - kereta belum melepasi 300 km dari perbatuan asal
3. Bebas dari sebarang denda atau saman - segala kompaun atau saman yang dikenakan ke atas kereta perlu diselesaikan sebelum memulang
4. Belum dijual atau dipindah milik ke pembeli lain - pemilik kereta perlulah orang sama yang membeli dari CARSOME
5. Memulangkan kereta dalam masa 5 hari dari tarikh diterima - pulangkan dalam masa 5 hari dan dapatkan semula wang anda
Sekiranya kereta anda memenuhi syarat mudah di atas, anda boleh mula mengisi borang pemulangan bayaran kereta di premis CARSOME. Dalam masa 14 hari bekerja, anda akan menerima semula wang yang telah anda belanjakan sewaktu membeli kereta dengan CARSOME.
Mengenai nilai pulangan wang, ia akan menolak terus potongan wajib yang diperoleh melalui perbezaan nilai insurans, bayaran cukai jalan (boleh dipulang semula oleh JPJ) dan caj penyelesaian dari institusi kewangan, kalau ada.
Berkenaan proses bayaran balik daripada CARSOME untuk anda yang ingin membatalkan tempahan, caj yang dibuat secara dalam talian akan dikreditkan semula melalui dalam talian juga. Untuk tempahan secara terus, ia akan dikreditkan ke dalam akaun yang dipilih oleh pelanggan melalui dokumen pembatalan yang telah dipersetujui.
Secara amnya, pembatalan tempahan boleh dibuat dengan terus berhubung dengan konsultan CARSOME yang ditugaskan untuk anda bagi memulakan proses tersebut.
Apa yang pelanggan perlu sediakan hanyalah:
- Salinan kad pengenalan bahagian depan dan belakang
- Borang pembatalan yang telah anda tandatangan
- Tangkap layar penyata bank
Berkenaan tempahan yang dibuat secara dalam talian, hanya perkara 1 dan 2 sahaja yang diperlukan.
Jadi, itulah cara untuk mendapatkan balik bayaran terhadap kereta yang dibeli dari CARSOME. Mudah kan?
Juga baca: Memperkenalkan CARSOME App - aplikasi setempat untuk semua keperluan kereta anda
Untuk makluman anda, kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175 titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun. Layari CARSOME hari ini atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang.