window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi

Khairil ยท Jun 9, 2022 10:00 AM

 

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 01

Sekalipun tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa, penggunaan 'tayar sotong' atau tayar bersaiz 'ultra' kecil dikatakan kembali menjadi trend ketika ini.

Menurut laporan Kosmo!, tayar sotong tidak menepati tahap piawaian keselamatan buat penunggang motosikal kerana saiznya yang kecil iaitu 175 milimeter (mm) lebar berbanding saiz standard iaitu 250 mm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 01

Gambar hiasan

Ia sekaligus mengundang risiko kemalangan dengan antara faktor yang menyebabkan penggunaanya popular ialah untuk lebih kelajuan serta didakwa membuatkan motosikal penggunanya lebih cantik.

Tetapi menurut bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid, tayar jenis itu tidak dicipta untuk digunakan di atas jalan raya biasa dan risikonya terhadap keselamatan cukup tinggi.

Juga baca: Model & jenama tayar kereta terbaik saiz 13 – 17 inci. Suka jenis tayar kereta yang senyap?

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 02

Gambar hiasan

“Terus terang saya katakan saya risau dan khuatir melihat trend penggunaan tayar jenis ini yang kembali menjadi trend buat penunggang motosikal," katanya menerusi laporan Kosmo!.

“Ia sebenarnya digunakan hanya untuk ‘sprint test’ di jalan lurus sahaja. Tayar sotong tidak selamat digunakan di jalan raya terutama ketika mengambil selekoh kerana ia mudah tergelincir dan mengakibatkan penunggangnya tercampak."

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 03

Gambar hiasan

Wazi yang masih aktif di arena sukan permotoran berkata antara keburukan menggunakan tayar sotong ialah ia kurang cengkaman dan memberi kesan kepada kestabilan sekali gus mengundang risiko kemalangan.

"Tayar adalah penghubung antara kenderaan dengan jalan yang berfungsi
untuk menyerap serta menolak hentakan. Oleh itu, tayar kecil memang tidak dapat melaksanakan fungsi tersebut sepenuhnya ketika terlanggar lopak atau batu. 

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 04

Wazi Abdul Hamid

“Rata-rata penunggang yang menggunakan tayar sotong menyatakan mereka ingin motosikal mereka kelihatan cantik tetapi ini tidak betul."

Selain itu, Wazi turut menyelar tindakan segelintir penjual berterusan menjual tayar jenis berkenaan.

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 05

Gambar hiasan

"Penjual pun seharusnya berhenti guna alasan hendak ‘sprint test’ tetapi buat tak tahu atau cuci tangan jika ia disalahgunakan,” katanya.

Kosmo! dalam pada itu turut menemuramah pakar pakar kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Dr Nurin Wahidah Mohd. Zulkifli berkenaan isu penggunaan tayar sotong itu dari sudut teori dinamik.

Isu trend 'tayar sotong' kembali popular, ini peringatan 'legend' Wazi 06

Gambar hiasan

Secara kesimpulan mengikut Dr Nurin, penggunaan tayar sotong akan membuatkan penggunanya akan mudah tergelincir ketika mengambil selekoh kerana jumlah permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan raya untuk tayar yang kecil saiz akan berkurangan berbanding tayar standard sekaligus mencetus risiko keselamatan.

Juga baca: Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda