Imej Toyota Alphard 2022 dilakar. Lebih “Transformers” kali ini?
Faisal · Oct 13, 2020 07:00 PM
0
0
Toyota Alphard dan Vellfire sememangnya sangat popular di kalangan keluarga yang besar mahupun pengurus syarikat. Berikutan khabar yang mengatakan bahawa Toyota Vellfire akan digabungkan menjadi Toyota Alphard pada generasi seterusnya, lakaran imej Toyota Alphard 2022 telah tertular melalui bestcarweb.
Toyota Alphard kini telah berada dalam pasaran sejak tahun 2015. Oleh itu, adalah menjadi lumrah untuk Toyota mengutamakan pembangunan untuk generasi yang seterusnya dimana ia dikhabarkan bakal membuat kemunculan pada April 2022.
Toyota Alphard 2022 bakal menggunakan platform TNGA untuk memberikan pemanduan yang lebih mudah untuk sebuah MPV yang sebesar ini.
Disebabkan platform TNGA yang berkebolehan tinggi. Toyota juga bakal membangunkan model GR Sport untuk Toyota Alphard yang akan datang.
Dari segi tren kuasa, Toyota Alphard 2022 bakal menggunakan enjin 4-silinder turbo yang berkuasa tinggi untuk menggantikan enjin 3.5L V6 yang sedia ada. Di samping itu, enjin 2.5L 4-silinder juga bakal didatangkan pada Toyota Alphard sebagai standard. Dengan berlandaskan perubahan teknologi ke arah yang lebih mesra alam, enjin hibrid juga akan didatangkan pada Toyota Alphard 2022.
Apa pendapat anda akan rupa paras Toyota Alphard yang lebih robotik ini?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.