window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja!

Haris ยท Nov 2, 2022 11:59 AM

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 01

Bagi orang biasa, Honda Insight generasi pertama yang kelihatan pelik ini hanyalah sebuah kereta dua tempat duduk berusia 20 tahun yang hodoh pada harga melampau โ€“ RM 38,800, cukup untuk membeli sebuah Perodua Axia baharu.

Walau bagaimanapun, mereka yang lebih arif mengenai kereta ini telah berkongsi sedikit sebanyak kenderaan yang sebenarnya pernah menjadi lipatan sejarah yang penting untuk Malaysia.

Ini adalah Honda Insight generasi pertama (1G), turut dipanggil oleh John Travolta dengan julukan "The Cadillac of Hybrids". Ia bukan kenderaan hibrid pengeluaran massa yang pertama (penghargaan ini adalah milik Toyota Prius) tetapi ia adalah kenderaan hibrid pertama yang dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1999.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hal ini turut menjelaskan mengapa Honda Insight yang retro futuristik ini dilihat sebagai ikon di sana.

Rekaan belakangnya digelar Kamm-back (seperti hatch-back) yang efisien dalam memotong angin dan panel yang menutupi roda belakang memainkan peranan penting dalam mengekalkan seretan aerodinamik pada tahap minimum. Rekaan ini telah membantu Honda Insight 1G mencapai penggunaan bahan api serendah 4.4 liter/100 km (kitaran ujian EPA AS) menurut dakwaan Honda.

Kuasa datang daripada enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi semula jadi VTEC, dirangsang oleh motor 10 kW. Teknologi ini kemudiannya membuka laluan untuk teknologi hibrid ringan Honda Integrated Motor Assist (IMA).

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 01

Walaupun Toyota Prius adalah sedan empat pintu yang lebih praktikal, Honda Insight dibangunkan untuk keseronokan - falsafah tipikal untuk Honda dan mempunyai gaya coupe 2 pintu.

Trenkuasa konsep Honda Insight pertama kali diprebiu dalam Honda JV-X concept 1997, di mana model konsep ini menggunakan ultrakapasitor ringan dan bukannya bateri berat. Malangnya atas sebab harga ultrakapasitor yang mahal, Honda JV-X tidak mampu menjadi model pengeluaran massa.

Baca: Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu?

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 02

Honda JV-X concept 1997, trenkuasa hibrid konsep pertama Honda

Lihat dengan teliti dan anda akan perasan bahawa elemen penggayaan Honda JV-X akhirnya akan diaplikasikan pada Honda CR-Z.

Pada akhirnya, Toyota Prius memenangi perang hibrid pada awal 2000-an dengan perbezaan jualan yang sangat luas seterusnya menjadi hibrid terlaris di dunia. Namun lain pula ceritanya untuk Honda Insight 1G ini.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 03

Debut Toyota Prius

Toyota Prius mempunyai pakej 4 pintu yang lebih praktikal, walaupun lebih berat dan mempunyai penggunaan bahan api 4.9 liter / 100 km yang lebih tinggi, pembeli di Amerika mendapati Prius sebagai alternatif yang lebih munasabah untuk Toyota Corolla.

Honda Insight pula dilihat terlalu unik, dijual pada harga mahal sekitar USD 20,000 sama seperti Prius tetapi kurang praktikaliti. Walau bagaimanapun, sejarah tidak memandang tinggi nilai kenderaan hanya kerana ia praktikal justeru Prius generasi pertama sebahagian besarnya dilupakan hari ini tetapi pengumpul kenderaan melihat lonjakan minat terhadap Honda Insight generasi pertama.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 04

Unit merah dengan nombor pendaftaran WHU 2020 ini adalah satu daripada dua unit yang diimport oleh Honda Malaysia pada tahun 2001 โ€“ satu berwarna merah, satu berwarna hijau โ€“ untuk kegunaan dan kajian dalaman. Kereta ini digunakan untuk menunjukkan manfaat teknologi hibrid kepada pihak berkepentingan industri dan badan kerajaan.

Chips Yap dari Piston.my pernah melakukan ujian bahan api ekonomi dalam kereta merah yang sama seperti yang dilihat dalam gambar. Artikel beliau masih boleh didapati di laman arkib AutoWorld.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 05

Hanya penggemar kenderaan mampu menghargai kereta yang lebih hodoh di belakang - Daihatsu Midget

WHU 2020 kemudiannya diberikan kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir. Umum mengetahui bahawa beliau sudah pun memiliki banyak kereta yang diberikan kepadanya (ada yang sedang mereput di Galeri Sri Perdana). 

Memandangkan beliau adalah Perdana Menteri, adalah tidak sopan untuk menolak hadiah yang signifikan ini tetapi beliau juga tetap menggunakan Proton Perdana tempatan lantas terlepas pandang mengenai Honda Insight ini.

Ketika Honda Insight WHU 2020 ditinggalkan, dikatakan berada di storan di Cyberjaya, usaha Honda Malaysia melobi untuk pengecualian cukai import dan eksais untuk kenderaan hibrid dengan kapasiti enjin di bawah 2,000 cc kian memuncak.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 06

Antara 2010 hingga 2011, kenderaan hibrid layak menikmati diskaun 50 peratus ke atas cukai import dan eksais mengikut syarat tertentu serta kemudiannya diperluaskan kepada pengecualian 100 peratus. Ini berlarutan sehingga 2013.

Honda Malaysia memanfaatkan sepenuhnya inisiatif ini, mengembangkan barisan model hibridnya kepada tiga. Sebelum ini, model hibrid tunggalnya ialah Honda Civic Hybrid generasi FD yang dilancarkan pada 2006.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 07

Honda Insight generasi kedua telah dilancarkan di Malaysia pada Disember 2010. Mengambil kesempatan sepenuhnya daripada pengecualian duti 100 peratus dari 2011, ia berharga RM 98,000 walaupun diimport (CBU) dari Jepun. Honda CR-Z menyusul kemudian.

Kebanyakan daripada model hibrid Honda awal ini masih berjalan sehingga ke hari ini - bukti kebolehpercayaan jenama itu.

Baca: Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 08

Selepas disimpan selama bertahun-tahun, Tun Dr. Mahathir memulangkan kereta itu kepada Honda Malaysia dan WHU 2020 diletakkan tempat letak kereta ibu pejabat Honda di PJ, di mana The Gasket Alley bertempat pada hari ini.

Honda Malaysia menyaksikan penggantian pemimpin dan setiap tahun, WHU 2020 semakin memudar daripada kenangan syarikat. Ahli pasukan asal yang terlibat dalam projek itu sama ada telah meneruskan kerjaya mereka di syarikat lain atau telah bersara, menjadikan ahli pengurusan generasi baharu tidak terlalu pasti apa yang perlu dilakukan dengan Honda Insight 1G yang terbengkalai serta tidak lagi diperlukan oleh mereka.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 09

Pada satu masa, WHU 2020 telah dilelong, jelas dalam keadaan yang teruk. Kami tidak pasti siapa yang membeli kereta itu tetapi jelas pemilik baharu itu telah melakukan kerja yang agak baik untuk memulihkannya.

Beberapa hari lepas, WHU 2020 tiba-tiba muncul di Ipoh melalui Akash Classics, pakar kereta klasik yang terkenal di wilayah Utara dan beroperasi di pinggir bandar Canning Garden yang mewah di Ipoh.

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 10

Penjual menawarkan sejarah permotoran Malaysia ini dengan hanya RM 38,800. Harga yang diminta agak rendah, memandangkan kereta ini masih menggunakan nombor plat asalnya yang pernah dimiliki oleh Tun Dr. Mahathir.

Pengumpul yang berminat harus melihat kereta tersebut. Ketika artikel ini ditulis, iklan masih ada dan boleh dilihat di sini.

Pembaca yang cakna akan perasan bahawa kami ada menyebut mengenai Honda Malaysia mengimport dua unit, jadi apa yang berlaku kepada kereta satu lagi?

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 11

Berdasarkan maklumat yang tidak disahkan, kereta kedua yang berwarna hijau telah disumbangkan kepada sebuah kolej latihan automotif di Petaling Jaya. Namun kami tidak dapat mengesahkan sama ada kereta itu masih bersama kolej tersebut ataupun tidak.

Sekurang-kurangnya nasib Honda Insight WHU 2020 jauh lebih baik daripada Toyota Prius generasi pertama yang disumbangkan oleh UMW Toyota Motor kepada Pusat Sains Negara, kini mereput di tempat letak kereta pusat itu.

Baca: Kenapa ada Toyota Prius generasi pertama yang ditinggalkan di Pusat Sains Negara ini?

Honda Insight gen 1 ini pernah dimiliki Tun Dr Mahathir, untuk dijual pada harga RM 38k sahaja! 12

Hari ini, Honda Malaysia menjual 3 model hibrid โ€“ City, City Hatchback, HR-V. Semua model ini akan disertai tidak lama lagi oleh Civic hybrid.

Semua model hibrid Honda yang dijual di sini adalah pemasangan tempatan di Pegoh, Melaka.

Di bawah ialah video oleh Johnny Smith dari 5th Gear tentang mengapa Honda Insight asal gagal dalam pasaran kereta baharu ketika itu, tetapi menang dalam pasaran kereta klasik hari ini. Malah, dia sendiri tidak akan melepaskan Honda Insight yang pernah dimilikinya ini.

Jika anda sedang mencari kereta terpakai yang murah, boleh dipercayai, jimat minyak, mulakan carian anda di sini.

Bagaimana dengan penyelenggaraan? Ramai pakar hibrid boleh ditemui hari ini tetapi yang paling profesional pada hemat kami ialah Mili Auto Hybrid di Kajang. Bengkel kemas setanding dengan pusat 3S yang disahkan serta dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk melakukan latihan mengenai penyelenggaraan dan pembaikan hibrid dan EV.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda