window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’?

Faisal · Dec 14, 2020 12:00 PM

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 01

Kami pernah melaporkan beberapa intipan mengenai Honda HR-V 2021 tetapi setakat ini, masih belum ada sebarang gambaran untuk bahagian interior. Malah tiada sebarang berita mengenai rupa paras kabin SUV segmen B ini sehinggalah saat ini.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 02

Berdasarkan media di Jepun, mungkin terdapat petanda berkenaan Honda HR-V 2021 jika dilihat berdasarkan Honda SUV e:concept yang dipamerkan di Auto China 2020 di Beijing pada September yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 01

Dengan reka bentuk 3-pintu yang kelihatan cukup moden, ia kelihatan seperti pengganti Honda HR-V

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 02

 Lakaran ini turut kelihatan sama seperti SUV konsep tersebut

Malah konsep ini kelihatan hampir sama dengan intipan yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 03

Namun begitu, rekaan stereng dan papan pemuka yang minimalis sebegini mungkin tidak diterapkan di dalam fasa produksi kelak.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 04

Walau bagaimanapun, perubahan terbesar pada Honda HR-V generasi seterusnya mungkin dapat dilihat pada rekaan bahagian konsol tengah. Malah jika anda lihat, ia menggunakan tombol gear berbentuk bulat.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 05

Untuk maklumat anda, tombol gear jenis rotary knob ini turut digunakan pada Jaguar XF, Ford Bronco Sport, dan Kia Carnival.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 06

Interior Honda Odyssey di Amerika

Sebenarnya, tombol gear elektronik sebegini telah lama digunakan oleh Honda tetapi ia dikawal oleh butang. Antaranya ialah pada Honda Odyssey dan Honda CR-V spesifikasi Amerika serta Honda M-NV di China.

Kembali ke Malaysia, Honda HR-V Hybrid juga menggunakan tombol gear elektronik tetapi ia dikawal oleh batang.

Honda HR-V 2021 bakal guna tombol gear ‘rotary knob’? 07

Perubahan teknologi yang unik ini memberikan ruang storan yang lebih luas di bahagian konsol tengah kerana saiz tombol gear elektronik lebih kompak. Walau apapun, kita harus menunggu sehingga bulan Mac 2021 untuk perasmian Honda HR-V baharu secara global.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda