window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia?

Khairil · Oct 12, 2022 09:00 AM

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 01

Honda menjadikan pameran motosikal Intermot di Cologne, Jerman, baru-baru ini sebagai lokasi debut 'premiere' model 'Naked' yang amat dinanti-nantikan seluruh dunia, Honda Hornet CB750 (2023).

Pelancaran itu berlangsung selepas hampir setahun perkembangan mengenai motosikal 'Naked' aras tengah berkenaan didedahkan, termasuk deretan imej lakaran 'bocor' yang membuatkan ramai tidak sabar menanti kehadirannya. 

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti imej lakaran yang terdedah, rekaan Honda Hornet CB750 (2023) sememangnya cukup moden, agresif ala ‘streetfighter’, yang menurut Honda, disasarkan kepada penunggang generasi baharu yang memang meminati gaya 'Naked'.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98.8!

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 01

Yang menariknya, rekaan itu dibuat pasukan rekaan R&D Honda di Eropah, lebih tepat di Itali yang sememangnya terkenal dengan deretan pereka berkaliber.

Di bahagian trenkuasa, Honda Hornet CB750 (2023) dijana enjin bersesaran 755 cc, Parallel-twin, dengan teknologi '270-degree crank & Unicam', 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang menjadikannya karakternya 'ala' V-Twin.

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 02

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan klac manual lengkap ‘assist/slipper’ dengan kuasa yang dihasilkan adalah 92 Hp pada 9,500 rpm dan tork 75 Nm pada 7,250 rpm. Dan menurut pengeluar Jepun itu, Honda Hornet CB750 (2023) mampu mencapai kelajuan 205 km/j.

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 03

Untuk Honda CB750 Hornet (2023) ini juga, Honda menggunakan kerangka serba baharu jenis ‘steel-diamond’ yang hanya mempunyai berat 16.6 kg berbanding kerangka 'saudaranya', Honda CB650R 18.5 kg.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 04

Lagi yang menarik adalah Honda memadankan model berkenaan dengan sistem 'Vortex Duct', teknologi yang dipatenkan syarikat itu yang katanya mengoptimumkan aliran udara selain komponen silinder motosikal ini turut disadur dengan ‘nickel-silicon carbide’ seperti digunakan pada model aras tinggi Honda CBR1000RR-R Fireblade.

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 05

Seperti motosikal moden Honda lain, Honda Hornet CB750 (2023) menggunakan sistem 'ride-by-wire' yang sekaligus memberikan empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan User. 

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 06

Setiap mod itu mempunyai pemetaan sendiri untuk kuasa enjin, brek enjin, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Kawalan Wheelie. Segala tetapan dilakukan menerusi skrin panel meter TFT bersaiz 5 inci. Menariknya, ia juga mempunyai sistem 'Honda Smartphone Voice Control' dan sambungan ke telefon bimbit (Android dan iOS). 

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 07

Selain itu, motosikal dengan berat 190 kg ini turut ciri keselamatan canggih 'Honda Ignition Security System' dengan sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya dan lampu signal turut datang dengan ciri 'auto-canceling'.

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 08

Di bahagian suspensi, ia dipadankan dengan fork jenis terbalik Showa SFF-BP 41 mm dengan jarak pergerakan 130 mm manakala suspensi belakang dijana penyerap hentak tunggal  dengan swingarm Pro-Link dengan jarak pergerakan 150 mm boleh laras (prabeban). 

Kuasa membrek pula ditugaskan kepada brek cakera erkembar bersaiz 296 mm dengan kaliper  Nissin 4-piston (depan) dan cakera tunggal bersaiz 240 mm dengan kaliper 1 piston (belakang). Seperti motosikal moden lain, ia lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.

Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana 795 mm, tangki bahan api 15.1 liter dengan Honda mendakwa penggunaan bahan api 23 km per liter, set roda 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang).

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 09

Pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Pearl Glare White (Kerangka dan fork warna Metallic Red Flame) 
  • Graphite Black (Kerangka dan fork warna Metallic Red Flame)
  • Matte Iridium Gray Metallic 
  • Mat Goldfinch Yellow

Ketika ini, Honda hanya mendedahkan Honda CB750 Hornet (2023) untuk pasaran Eropah namun menurut Honda UK, harga jualannya dijangka bermula £ 6,999 (RM 35,999) dan mula berada di pasaran bermula tahun depan. 

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Honda Hornet CB750 (2023) buat kemunculan di Jerman, salah satu model berpotensi laris di Malaysia? 10

Tidak diketahui sama ada namun melihat kepada minat pengguna tempatan di Malaysia terhadap model motosikal dalam segmen 'Naked', peluang untuk Honda CB750 Hornet (2023) ini pasti ada. Kita tunggu perkembangan lanjut dari Boon Siew Honda.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda