Honda Malaysia nampaknya telah menerima lebih 200 tempahan buat Honda Civic Type R FL5 di mana ia hanya diperuntukkan sebanyak 19 unit untuk tahun 2023. Lebih unit akan tiba pada 2024 (mungkin dengan harga lebih tinggi).
Dengan pengumuman Bajet 2024 yang memaklumkan bahawa cukai servis seperti pemeriksaan pra-penyerahan akan dinaikkan dari 6% kepada 8%, perkara ini tidak mustahil.
Honda Malaysia tidak lama lagi pula akan mula membuat cabutan undi untuk 19 pemilik yang bertuah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Juga baca: Honda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit!
Ia akan dibuat di ibu pejabat Honda Malaysia di Petaling Jaya dan ia merupakan proses fizikal dan akan direkodkan dalam video. Malah, ia akan diaudit oleh pejabat serantau Honda Motor dan parti luar, termasuk dokumen kewangan yang terlibat.
Untuk melayakkan ke dalam cabutan undi tersebut, pembeli perlu membayar fi tempah RM 3,500 (RM 2,500 untuk Langkawi dan Labuan).
Pembeli yang tidak terpilih akan dikembalikan wang tersebut tetapi untuk mereka yang terpilih tetapi tidak mahu meneruskan proses pembelian pula hanya akan dikembalikan wang sebanyak 75% daripada jumlah penuh.
Bagi anda yang belum tahu, tempoh menunggu di Jepun sendiri mencecah 2 tahun.
Sebabnya adalah kilang Yorii yang memasang Honda Civic Type R FL5 di sana masih berusaha menyelesaikan tempahan yang tertunggak buat ZR-V yang mana tempoh menunggunya adalah selama 6 bulan.
Lagi satu, FL5 mungkin Civic Type R berenjin konvensional terakhir yang dibina. Jadi, makin panaslah sambutan hothatch ini.
Selepas ini, hampir pasti ia akan datang dengan trenkuasa hybrid di mana peminat Type R mungkin tidak begitu gemar.
RM 400k untuk sebuah Civic Type R pula sudah cukup mahal tetapi dengan trenkuasa hybrid yang ada komponen tambahan, harga pewaris untuk FL5 nanti pasti akan menjadi lebih tinggi.
Juga baca: 19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });