Honda Civic FE - RM 3.7k untuk servis 5 tahun/100k km, hanya lebih RM 320 dari FC je!
Haris · Jan 18, 2022 11:00 AM
0
0
Tahniah kerana membaca melepasi tajuk tetapi sebelum kita menyelidiki lebih lanjut mengenai kos penyelenggaraan, mungkin anda ada perancangan untuk mendapatkan Honda Civic FE 2022 serba baharu yang dilancarkan beberapa hari lalu.
Dengan tiga varian yang tersedia, bermula dari RM 125,634, Honda Civic FE serba baharu adalah lebih mahal berbanding generasi terdahulunya, Honda Civic FC yang bermula dari RM 109k.
Hal ini kerana Honda Civic FE serba baharu ini lebih padat ciri dengan ciri seperti suite ADAS Honda Sensing yang cemerlang ditawarkan sebagai standard.
Walaubagaimanapun, semua varian Honda Civic FE kini berkongsi enjin yang sama, enjin 1.5 liter turbocaj VTEC yang menghasilkan 182 PS kuasa kuda dan 240 Nm tork. Jika anda ambil peduli mengenai hamburan kuasa enjin Honda dengan spesifik, anda mungkin tahu bahawa Honda Civic FE spesifikasi tempatan kita adalah spesfikasi paling berkuasa di Asia Tenggara.
Tetapi cukup mengenai itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Honda Civic FE, semak artikel pelancaran kami. Kami akan menumpukan pada kos penyelenggaraan raja sedan segmen C yang baharu.
Menurut laman web rasmi Honda Malaysia, jumlah kos untuk menyelenggara Civic FE di pusat servis rasmi dalam tempoh 5 tahun/100,000 km ialah RM 3,713.78. Berbanding dengan Honda Civic FC generasi sebelum, model generasi FE adalah RM 324.12 lebih mahal untuk diselenggara.
Memandangkan Honda Civic berada dalam segmen yang lebih besar daripada Honda City, adalah perkara biasa untuk harga penyelenggaraan yang lebih tinggi. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah jurang (besar atau kecil) perbezaannya.
Kami telah menerbitkan artikel mengenai kos penyelenggaraan untuk Honda City dan kosnya ialah RM 3,669.71 untuk memelihara varian petrol standard dalam tempoh 5 tahun/100,000 km.
Sebagai konteks, kos penyelenggaraan Honda Civic FE dalam tempoh yang sama hanya RM 44.07 lebih mahal.
Berikut ialah pecahan kos penyelenggaraan yang lebih terperinci dan sela penggantian yang disyorkan:
Perincian penyelenggaraan Honda Civic FE 2022
Komponen
Sela yang disyorkan
Harga (RM)
Minyak enjin
6 bulan/10,000 km
161.56
Penapis minyak
12 bulan/20,000 km
34.68
Penuras udara
18 bulan/30,000 km
104.49
Minyak CVT
24 bulan/40,000 km
143.89
Minyak brek
36 bulan/60,000 km
38.30
Palam pencucun iridium
60 bulan/100,000 km
439.35
Penuras habuk dan debunga
18 bulan/30,000 km
90.76
Bahagian paling mahal untuk diganti ialah palam pencucuh iridium yang dilakukan pada bulan ke-60 pemilikan atau 100,000 km, yang mana satu datang dahulu. Palam pencucuh tersebut disebut harga pada RM 439.35.
Honda menawarkan perkhidmatan percuma kepada semua pemilik Honda Civic FE baharu selama 5 kali dalam tempoh 5 tahun atau 100,000 km.
Perlu diingat bahawa kos ini tidak termasuk perbelanjaan lain seperti penggantian bateri dan tayar. Bercakap mengenai tayar, saiz tayar Honda Civic FE berbeza mengikut varian. Berikut adalah periciannya:
Civic 1.5 E - 215/55 R16
Civic 1.5 V - 215/50 R17
Civic 1.5 RS - 235/40 R18
Kami mempunyai panduan untuk tayar yang lebih kecil tetapi bagi mereka yang memilih varian RS' 18-inci, sebaiknya bersiap sedia untuk membelanjakan sejumlah wang yang lebih mahal.
Honda Civic RS menggunakan tayar Michelin Pilot Sport 4 (PS4) terus dari kilang. Secara purata, satu tayar berharga sekitar RM 750, jadi kesemua 4 tayar akan menelan kos sejumlah RM 3,000.
Pada dasarnya, walaupun kos penyelenggaraan yang disyorkan untuk Honda Civic FE untuk tempoh 5 tahun/100,000 km adalah sekitar RM 50 lebih daripada sebuah Honda City, faktor dalam kos komponen lain masih mempunyai perbezaannya harga menjadi lebih besar. Jadi jika anda tergoda untuk mendapatkan Honda Civic serba baharu, pastikan anda memperuntukkan sejumlah wang yang mapan untuk bil-bil penyelenggaraan.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.