window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max!

Khairil ยท Jul 16, 2021 01:30 PM

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 01

Sebagai antara produk 'laku keras' Harley-Davidson di serata dunia, model Sportster memiliki sejarah panjang sejak debutnya pada 1957 dan untuk tahun 2021, model popular ini akhirnya mengharungi satu lagi evolusi.

Juga baca: Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250

Diharapkan menjadi 'penyelamat' buat Harley-Davidson yang ketika ini mengalami penyusutan jualan saban tahun, Sportster S 2021 tampil pelbagai evolusi termasuk reka bentuk, casis dan enjin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 01

Enggan lagi dikenali sebagai model 'semi-entry' atau pertengahan jenama berkenaan, ia kini memasuki segmen premium, berteknologi tinggi serta moden.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 02

Seperti satu lagi model terbaharu jenama berkenaan, Pan America, Sportster S 2021 dipadankan dengan enjin terkini buatan Harley-Davidson iaitu 1250 Revolution Max bersesaran 1,252 cc, V-Twin, 8 Injap, DOHC, Penyejuk Cecair.

Juga baca: LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!

Ia berupaya menghasilkan kuasa setinggi 121 Hp dan tork setinggi 127.5 Nm dan seperti Pan America, Sportster S 2021 juga mempunyai VVT (Variable Valve Timing) dan 'self-adjusting lifters'.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 03

Selain pembaharuan dari sudut enjin, casis yang digunakan oleh Sportster S 2021 juga lebih ringan dengan berat motosikal itu kini hanya 227 kg sekaligus mempertingkatkan pengendalian tunggangan.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 04

Dari sudut reka bentuk, Sportster S 2021 jelas mempunyai identiti moden, sama seperti model konsep yang dipertontonkan Harley-Davidson tiga tahun lalu.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 05

Sebagai jentera premium, Sportster S dilengkapi dengan 3 mod tunggangan - Sport, Road dan Rain dan 2 mod kustom. Sistem canggih, Harley-Davidson’s Reflex Defensive Rider System (RDRS) juga datang sebagai ciri standard, dengan mod ini akan mengawal 'Cornering ABS', Kawalan Traksi, Brek Enjin dan Hantaran Kuasa.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 06

Sebagai tambahan, generasi terbaharu Sportster S ini juga lengkap dengan perkakasan moden antaranya panel meter TFT 4 inci dengan sambungan Bluetooth yang memiliki fungsi muzik, panggilan telefon dan navigasi,  pemanas grip terotel selain slot pengecas USB-C.

Juga baca: Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 07

Dari sudut keselesaan tunggangan, sistem suspense Sportster S 2021 menggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm dari Showa, penyerap hentakan belakang (piggyback) juga Showa boleh laras. Sistem brek pula adalah cakera tunggal 320 mm dengan kaliper Brembo 4 pot di bahagian depan dan cakera tunggal 260 mm juga dengan kaliper Brembo di bahagian belakang.

Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max! 08

Dengan tangki bahan api 11.8 liter, Harley-Davidson Sportster S 2021 didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Vivid Black, Stone Washed White Pearl dan Midnight Crimson. Harganya pula adalah bermula USD 14,999 (RM 63,032).

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda