Semalam (1 Mac 2022) merupakan hari yang bersejarah buat Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam meraikan Hari Tentera Darat Ke-89 yang berlangsung di Padang Kawad, Kem Segenting.
Bertemakan "Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin", aspek kesejahteraan dan kebajikan menjadi fokus utama dalam mengekalkan moral dan semangat untuk TDM melaksanakan tugas primer dengan lebih baik iaitu menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Sambutan kali ini juga agak berbeza berbanding tahun sebelumnya di mana pada tahun ini telah dipertontonkan dengan Demonstrasi Dinamik yang mempamerkan keupayaan Aset dan Kompetensi TDM sebelum disusuli dengan Perbarisan Tempur serta Penyampaian Perutusan Panglima Tentera Darat.
Antara aset yang terlibat dalam segmen Demonstrasi Dinamik ialah ASTROS, Kereta Kebal PT91M PENDEKAR, Kenderaan Perisai 8x8 GEMPITA, Kenderaan Berperisai Berantai ADNAN, Kenderaan Berperisai 4x4 LIPAN BARA, Meriam 105mm LG 1 MK III, Helikopter LOH A109 Agusta, SUPACAT, Kenderaan Pengangkut Senjata VAMTAC, Scrambler, 72 Bot Tempur dan Rigid Inflatable Boat (RIB) dan lain-lain aset.
Penglibatan untuk Demonstrasi Dinamik terdiri daripada kerjasama diantara Tentera Udara Diraja Malaysia, Pasukan Udara Tentera Darat, 21 Gerup Gerak Khas dan 10 Briged (Para).
Tan Sri PTD dalam ucapannya menyeru warga TDM untuk merapatkan barisan dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan TDM agar ketumbukan ini terus maju ke hadapan sebagai benteng utama pertahanan negara.
Sambutan Hari Tentera Darat telah diadakan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang terkawal tanpa kehadiran penonton dari kalangan masyarakat setempat atau luar. Ini adalah sebagai kawalan bagi memastikan acara dapat diadakan dengan lancar dan mengawal sebarang kebarangkalian penularan wabak COVID-19. - Facebook Tentera Darat Malaysia
Baca: Perkuatkan lagi pertahanan negara, 6 helikopter MD530G diterima Tentera Darat Malaysia!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });