Harga kereta CKD di M'sia mungkin naik bermula 1 Jan '25; MoF kekal 'membisu' berkenaan olahan OMV baru dan cukai eksais
Faisal · Nov 15, 2024 11:30 AM
0
0
Dengan hanya berbaki 1 bulan sebelum kita masuk 2025, banyak syarikat kereta di Malaysia masih tiada idea akan perihal tahun hadapan kerana belum ada pengesahan akan senarai harga model 2025. Kalau anda nak tahu, pelan produksi dan tempahan komponen yang kebiasaannya memerlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal masih tidak menentu dan tidak dapat dimuktamadkan.
Sebabnya? Tiada garis panduan yang jelas oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi syarikat kenderaan yang memasang di sini sama ada MoF akan menerapkan kaedah baru yang diolah bagi menentukan Open Market Value (OMV) sesebuah kereta ataupun tidak.. Untuk makluman anda, perkara ini ditangguh sejak 2020 sehingga 31 Disember 2024.
Apa itu OMV?
Istilah mudahnya, OMV adalah harga kos sebaik sahaja ia keluar daripada kilang. Ia juga nilai yang dikenakan cukai eksais. OMV secara amnya dikira dari jumlah kos bahan dan tenaga kerja yang digunakan untuk mengeluarkan kereta, ditambah dengan caj pengangkutan dan insurans untuk mengangkut kereta yang telah siap dari kilang ke bilik pameran.
Sebelum ini, kiraan OMV cukup ringkas; kos pemasangan kereta tersebut.
Apa yang sudah berubah untuk 2025?
Ketika 2020, sewaktu Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, kaedah baru untuk menentukan OMV bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) telah diperkenalkan.
Kos bukan berkaitan pemasangan seperti kos pentadbiran, kos pemasaran serta pembayaran royalti dan keuntungan disekalikan dalam OMV baru, sekaligus dengan mendadaknya meningkatkan nilai cukai eksais yang perlu dibayar.
Berdasarkan anggaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Jika dilaksanakan, harga kereta CKD boleh meningkat sehingga 20%.
Dalam hal ini, Perodua sebagai pengeluar automotif terbesar di Malaysia dan keempat terbesar di Asia Tenggara (di belakang Toyota, Honda, Isuzu) mengesahkan bahawa pada 2020, Kementerian sebenarnya tidak berunding langsung dengan mereka sebelum mengolah OMV ketika itu.
Dengan bantahan yang kuat (Kedutaan Jerman juga bersuara berkenaan perkara ini), Kementerian telah memberi pengecualian selama 2 tahun sebanyak dua kali; pertama adalah sehingga 31 Disember 2022, sebelum melanjutkannya sekali lagi sehingga 31 Disember 2024.
Masalah ini tidak pernah selesai. Ia hanya ditolak ke tarikh kemudian untuk Menteri Kewangan seterusnya menanganinya.
Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah Menteri Kewangan, dan industri kereta Malaysia memerlukan penyelesaian yang jelas secara segera daripada kementerian beliau.
Kecualilah kalau Kementerian Kewangan teguh mengenai perkara itu di mana pengeluar kereta terikat secara sah oleh peraturan Kastam untuk menggunakan kaedah OMV baharu bermula 1-Januari 2025.
Ketika diminta mengulas mengenai tarikh akhir yang semakin hampir sebelum pengecualian tamat dan OMV baharu berkuat kuasa, Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, “Kami telah berhubung dengan kerajaan sejak sekian lama. Bagaimanapun, kami masih menunggu keputusan tertentu daripada mereka. Pastinya akan memberi impak yang besar kepada industri, terutama pada kos kereta di masa hadapan. Saya harap kita akan mendapat jawapan yang bagus daripada kerajaan.”
Ketika ditanya apa perancangan MAA untuk 2025 apabila mereka tidak mempunyai senarai harga yang disahkan untuk tahun depan, Presiden Shamsor berkata:
“Kami mengambil langkah dengan tenang. Sesetengah ahli kami telahpun merancang untuk senario paling ektrem. Tetapi pada asasnya, senario yang paling teruk akan memberi impak yang besar, terutama pada pengeluaran yang dirancang serta perancangan stok. Oleh itu, kami mengharapkan tindak balas yang baik daripada kerajaan. Saya tidak dapat mengulas mengapa ia mengambil masa yang lama (untuk membuat keputusan mengenai perkara itu), tetapi diharap kami akan mendapat jawapan dengan cepat supaya pengeluar dapat bertindak.”
Ketidakpastian yang menyelubungi OMV dan nilai cukai eksais hanyalah satu contoh mengapa banyak pengeluar kereta mengutamakan pelaburan di Thailand dan Indonesia berbanding Malaysia.
“Ini adalah perkara yang sangat mudah. Anda tidak memerlukan empat tahun untuk memutuskannya,” kata seorang eksekutif syarikat kereta yang kecewa, yang pasukannya sedang menyediakan dua set senarai harga yang berbeza untuk 2025.
Seorang lagi eksekutif menambah, “Menteri, mana-mana menteri dari mana-mana kementerian, tidak selalunya mengetahui butiran penuh dan itu tidak mengapa. Menteri bergantung kepada nasihat pegawai. Masalahnya ialah menteri kadangkala diberi nasihat yang sangat teruk dan tidak masuk akal.”
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.