Bantuan lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas, dan e-hailing akan diberi hanya kepada golongan sasar terpilih dalam kategori B40 memandangkan kerajaan tidak dapat menanggung kos bantuan untuk semua dalam kategori tersebut.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Anthony Loke, berkata hanya individu daripada kategori B40 yang mempunyai masalah kewanagan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan berkenaan, lapor Berita Harian.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
“Sudah tentu kita tak dapat tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif dimana kita memberi bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin dapatkan PSV (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).
"Sudah tentu golongan sasar kita ialah B40 yang ada kekangan kewangan. Kita akan cuba perincikan bayaran bantuan tersebut,” jelas beliau lagi.
Menurut Anthony, terdapat peruntukan lebih RM 4 juta untuk menampung perbelanjaan bantuan khusus untuk golongan B40. Namun, ini tidak bermaksud kerajaan dapat menampung semua individu dalam golongan berkenaan untuk mendapatkan lesen. Mekanisme dan syarat pelaksanaan bagi bantuan lesen percuma untuk B40 ini akan diperincikan dan diumumkan kelak.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan lesen motosikal B2, lesen teksi, bas, dan e-hailing percuma yang akan ditanggung kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023.
Juga baca: Bajet 2023: Wow, kerajaan tanggung bayaran lesen motosikal Kelas B2, teksi, bas, e-hailing!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });