window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Graduan IKBN dan IKM antara penyumbang pembangunan kenderaan ketenteraan!

Haris ยท Apr 1, 2022 11:00 AM

Graduan IKBN dan IKM antara penyumbang pembangunan kenderaan ketenteraan! 01

Bakat muda negara, setanding dengan tenaga kerja global. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan apabila Cendana Auto Sdn Bhd, syarikat pengeluar kenderaan ketenteraan di Malaysia mendedahkan bahawa pembangunan kenderaan 4x4 oleh syarikat itu turut menggunakan kepakaran graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM).

Dalam satu laporan daripada Harian Metro, Pengarah Cendana Auto Abdul Rauf Nassiruddin berkata langkah ini bagi membuktikan bahawa ciptaan anak muda tempatan setanding dengan produk antarabangsa yang lain.

Graduan IKBN dan IKM antara penyumbang pembangunan kenderaan ketenteraan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Bemula dari mereka bentuk, pembuatan dan pemasangan, semuanya dilakukan di kilang kami di Semenyih, Selangor. Ia 100 peratus buatan tempatan.

"Di samping itu, kita memberi peluang kepada anak muda untuk melakukan inovasi sekali gus mampu membuktikan graduan IKBN dan IKM ini berkemampuan tinggi menghasilkan produk yang terbaik sebaris syarikat negara luar, " katanya kepada Bernama ketika ditemui di DSA dan NASTEC.

Terdapat empat varian kenderaan tentera dibina syarikatnya itu ialah jenis Fitted For Radio (FFR), Armed Tactical Ground Vehicle atauKenderaan Pembawa Senjata (ARTAC), Ground Tactical Mortar Transporter atau Kenderaan Pembawa Mortar (MT-8150) dan Special Operation Vehicle atau Kenderaan Operasi Khas (SF-21X).

Graduan IKBN dan IKM antara penyumbang pembangunan kenderaan ketenteraan! 01

"Kesemua kenderaan ini telah menerima tempahan dari Tentera Darat Malaysia (TD), bagi varian FFR sebanyak 70 unit dengan 40 unit bagi kegunaan semboyan dan 30 lagi untuk kegunaan anggota tentera kita yang berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

"Selain itu, bagi varian Kenderaan Pembawa Mortar MT-8150 sebanyak 48 unit akan dibekalkan, dari jumlah itu, 24 telah diserahkan kepada TD, manakala selebihnya masih dalam proses pembinaan," katanya.

Menurutnya lagi, kenderaan MT-8150 ini mempunyai kemampuan untuk membawa sehingga 70 butir peluru mortar jenis 81mm dan enam anggota bagi menjayakan sesebuah misi.

Abdul Rauf berkata ARTAC mampu membawa beberapa jenis senjata termasuk Automatic Grenade Launcher (AGL), Heavy Machine Gun 12.7mm serta Anti-Tank Guided Missile (ATGM) daripada jenis 'Metis-M'.

Graduan IKBN dan IKM antara penyumbang pembangunan kenderaan ketenteraan! 02

"Sebanyak 49 unit akan dihantar secara berperingkat kepada TD selepas ia melalui pelbagai proses ujian kemampuan bagi memastikan setiap yang dibina mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya.

Sementara kenderaan SF-21X katanya, dibina khas adalah untuk kegunaan anggota Grup Gerak Khas (GGK) bagi melaksanakan operasi.

"Kenderaan SF-21X ini dilengkapi pelindung letupan di bahagian enjin dan tangki minyak, pelancar Bom Tangan Automatik, dan mesingan tempur. Selain itu SF-21X ini boleh membawa enam anggota dan mampu menangkis letupan periuk api," katanya. - Harian Metro, Foto Edliew - Defence Channel

Baca: Nama 'Rentaka' dipilih YDPA untuk kereta perisai buatan tempatan, diilhamkan dari meriam Melayu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda