Geely Auto ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Li Shufu (kini Pengerusi) yang percaya dengan potensi pasaran automotif China ketika pengguna beralih dari basikal ke motosikal sehinggalah kenderaan bermotor.
Kereta Geely Auto pertama dihasilkan pada tahun 1997 diberi nama Hao Qing. Hao Qing melakar sejarah sebagai kenderaan domestik buatan China pertama dan menawarkan alternatif kepada kereta kecil popular lain dari Jepun yang berharga lebih dari RMB 100,000 (RM 61,948.73). Pada ketika itu gaji tahunan RMB 10,000 dianggap tinggi.
Penjualan tahun pertama mencapai 10,000 unit, pada tahun 2003 penjualan mencapai 100,000 unit sebelum meningkat tiga kali ganda menjadi 326,000 pada tahun 2009 dan empat kali ganda menjadi 1.58 juta pada tahun 2018.
Selain daripada itu, penjualan Geely Bo Yue (Emgrand X7 atau Azkarra untuk pasaran luar, Proton X70 di Malaysia) juga telah memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan penjualan Geely. Geely Bo Yue kini mencecah 1 juta unit sejak diperkenalkan pada akhir tahun 2016 dan menjadi salah satu SUV domestik China terlaris sehingga kini.
Apabila syarikat induk Geely Auto, Zhejiang Geely Holding Group, membeli Volvo Cars pada tahun 2010, kerjasama teknologi adalah rancangan utama dengan syarikat tersebut. Hari ini, inovasi teknologi seperti platform Compact Modular Architecture (CMA) dan pembangunan enjin bersama-sama Daimler memacu Geely sebagai perintis teknologi kereta.
2 model terbaru dari Geely iaitu Geely Xing Yue dan Geely Preface kini menjadi taruhan Geely untuk mengukuhkan kedudukan Geely dalam pasaran domestik dan pasaran luar negara. Adakah ini petanda bahawa 2 model ini boleh hadir ke Malaysia?
Hampir 5 juta unit kereta yang dijual oleh Geely berlaku dalam masa 3 tahun belakangan ini. Dengan tawaran platform baru BMA, pembangunan enjin dan kereta elektrik, Geely mensasarkan 10 juta unit kenderaan terjual untuk jangka masa 3 tahun mendatang. Realistik atau oportunis?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD
Upgrade
Add your car