window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada?

Mersita · Mar 9, 2021 11:00 AM

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 01

Kehebatan ‘ride’ (keselesaan pemanduan) and ‘handling’ (pengendalian) Lotus yang terkenal dan sering dibanggakan di dalam kereta-kereta Proton. Namun, Proton X70 tidak didatangkan dengan perincian ini. Nampak gayanya Geely berjaya memintas kerana Geely Boyue Edisi Asian Games di pasaran China akan dinaiktaraf dengan ‘ride and handling’ Lotus!

Chassis diperbaharui, pengendalian lebih baik

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Naik-taraf paling menonjol bagi Boyue edisi istimewa ini ialah naik-taraf chassisnya. Model ini dibangunkan bagi memperingati Asian Games ke-19 yang dirancang untuk diadakan di Hangzhou, China pada tahun hadapan.

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 01

Boyue Edisi Asian Games ini didatangkan dengan ‘subframe’ belakang yang baharu dan ia 25% lebih ringan dan 20% lebih keras berbanding unit yang sebelumnya. Perincian paling menarik ialah suspensi talaan Lotus yang menjanjikan pengendalian lebih baik serta kebolehan ‘off-road’.

Baca juga: 2020 Proton X70 CKD gets stiffer suspension for better ride & handling

Penambahan jeriji 'Infinite Weave'

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 02

Selain daripada naik-taraf pengendaliannya, Geely mengambil sedikit inspirasi dari Proton bagi model edisi istimewa ini.

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 03

Antaranya ialah penggunaan jeriji ‘Infinite Weave’ Proton di bahagian hadapan serta gaya tulisan “Geely” yang melintang panjang di pintu bonet belakangnya yang menyerupai gaya tulisan “Proton” pada X70. Kedua-dua perincian ini pada mulanya unik hanya untuk X70, dan ia mula digunapakai pada model Boyue 1 Million Edition pada tahun lepas.

Baca juga: Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China!

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 04

Selain dari itu, badan kereta itu juga diberi perincian berwarna merah dan hitam serta angkup/‘calipers’ brek berwarna merah – gaya ala-ala X50.

Baca juga: Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 05

Ruang dalamannya kekal sama

Walau rupa luarannya diperbaharui, pilihan trenkuasa kekal sama dengan varian model biasanya:

Geely Boyue Edisi Asian Games

1.8-liter, berpengecas turbo, empat silinder

Transmisi dwi-klac jenis basah 7-kelajuan (DCT)

Pacuan roda hadapan

184 PS

300 Nm

Geely Boyue edisi istimewa diberi ‘Lotus ride & handling’, tapi Proton X70 tak ada? 06

Apa macam, cantik tak? Kan ‘best’ kalau naiktaraf pengendalian ini boleh sampai ke X70 kita nanti. Jom komen di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda