Evolusi gril depan Proton Saga, model lagenda Malaysia dari tahun 1985 sehingga kini!
Zamil Syaheer · Oct 23, 2021 11:59 AM
0
0
Gril depan sesebuah kereta, menurut kejuteraan automotif, merangkumi pembukaan di dalam badan kenderaan untuk membolehkan udara masuk. Kebanyakan kenderaan mempunyai gril di hadapan kenderaan untuk melindungi radiator dan enjin.
Fasia depan kereta mempunyai peranan penting untuk menarik minat pembeli. Sebagai salah satu komponen visual utama di bahagian depan kenderaan, "reka bentuk gril yang cantik menjadikan sebuah kereta menarik dan membentuk identiti dengan mengikatnya dengan sejarah dan reputasi pembuat kereta.”
Pada masa ini, kebanyakkan gril yang ada di pasaran, terutamanya yang bersaiz besar adalah lebih kepada kosmetik. Tambahan pula, kebanyakkan pengeluar kereta kini mempunyai bahasa reka bentuk masing-masing, dan gril adalah aspek yang penting untuk mengekspresikan tema sesebuah jenama. Ambil contoh, Lexus dengan gril "Spindle", dan Nissan dengan gril "V-Motion".
Ini sama juga dengan Proton, dimana gril pertama mereka pada kereta nasional pertama - Proton Saga generasi pertama. Ia mempamerkan elemen bulan dan bintang dari bendera Malaysia – sebuah simbol kebanggaan negara. Sejak dari itu, gril kereta rakyat ini telah melalui pelbagai perubahan, dan kita akan melihat kesemuanya dalam rencana kali ini.
Proton Saga (Orion) 1985 – 1987
Inilah kereta yang memulakan segalanya. Proton Saga generasi pertama dilancarkan secara rasmi pada 9hb Julai 1985 berasaskan platform Mitsubishi Lancer Fiore, dan dikuasakan oleh enjin 1.3 liter 4G13 Orion II.
Gril depannya mempunyai empat lubang udara yang nipis, dan mempunyai ruang di bahagian sisi dan tengah.
Kereta rakyat ini menerima kemas kini pertama dengan penggunaan enjin 1.3 liter 4G13 Magma yang lebih berkuasa. Terdapat beberapa perbezaan di bahagian eksterior, bermula reka bentuk gril depan dan pelindung bampar hitam. Selain itu, model ini juga ditawarkan dengan transmisi automatik 3-kelajuan pada tahun 1987.
Proton Saga (Megavalve) 1990-1992
Pada 12hb Ogos 1990, Proton Saga Megavalve dilancarkan di Malaysia. Plat nama Megavalve ini kemas kini enjin ketiga selepas Orion (1985–1987) dan Magma (1987–1990). Enjin Megavalve mempunyai 12-injap atau 3-injap setiap silinder, naik taraf ketara dari enjin 8-injap terdahulu.
Sebagai tambahan kepada enjin yang diperbaharui, Proton Saga Megavalve juga dilengkapi dengan gril depan baru dengan lubang udara yang jauh lebih besar, pelindung bampar yang kini meliputi keseluruhan bampar dan dua warna baru, iaitu maroon dan hijau.
Proton Saga Iswara 1992-2001
Pada 15hb Ogos 1992, Proton melancarkan Saga Iswara baru berdasarkan platform Saga Megavalve. Reka bentuk luarannya diperbaharui dan diperbaharui oleh sebuah firma Britain. Iswara mempunyai gril baru, lampu depan yang lebih ramping, kluster lampu belakang beralur, bamper plastik dan moulding sisi.
Seperti pendahulunya, Saga Iswara dihasilkan dalam versi saloon 4-pintu dan hatchback-5 pintu, dikuasakan oleh enjin 1.3 liter dan 1.5 liter yang sama.
Pada tahun 2001, Proton memperkenalkan Iswara Aeroback Special Edition (SE) dengan beberapa penambahan kosmetik, termasuk gril depan baru dengan empat lubang udara, lampu depan yang direka semula, lampu belakang 'Euro' ala Toyota Altezza, kit badan, spoiler bibir belakang dan rim aloi 14 inci. Ia hanya ditawarkan dengan enjin 1.3 liter yang dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan.
Iswara Aeroback Special Edition merupakan Saga yang pertama menerima input perjalanan & pengendalian dari Lotus. Talaan ini kemudian diadaptasi pada Proton Saga LMST.
Proton Saga LMST 2003-2006
Proton Saga LMST hatchback diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai "pengganti" kepada Proton Saga Iswara. Walaupun ia berkongsi platform yang sama dengan Proton Saga dari tahun 1985, Saga LMST menampilkan bahagian interior yang direka semula sepenuhnya.
Di bahagian eksterior, Saga LMST menerima gril depan baru, lampu depan dengan lampu kabus bersepadu, lampu belakang ‘Euro’ ala Toyota Altezza serta reka bentuk bampr serta skirting sisi yang baru. Ia juga menampilkan sensor parkir – ciri baru bagi model Saga.
Proton Saga LMST 2006-2008
Pada akhir tahun 2006, Proton mengemas kini Saga LMST untuk melawan Perodua Myvi yang dilancarkan pada tahun 2005. Saga LMST menerima beberapa perubahan seperti iaitu pemain radio & CD bersepadu Clarion baru, kluster meter dan ventilasi penghawa dingin yang direka semula di bahagian interior serta gril depan yang unik, rim besi berukuran 14-inci dengan penutup dan lampu depan & belakang dengan kemasan krom.
Proton Saga BLM 2008-2010
Proton Saga generasi kedua, dikenali sebagai Saga BLM (Base Line Model) dilancarkan secara rasmi pada 18hb Januari 2008. Sebelum ini, Proton Saga generasi pertama adalah model Proton yang paling berjaya dengan jangka hayat 23 tahun, paling panjang dari semua model Proton setakat ini.
Saga generasi kedua menjadi model pertama yang memakai logo korporat baru Proton, dengan 3 varian, N-Line, B-Line dan M-Line. Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.3 liter CamPro IAFM Proton.
Pada 30hb November 2010, Proton melancarkan facelift pertengahan bagi Proton Saga generasi kedua di Thai International Motor Expo 2010, dikenali sebagai Saga FL (facelift). Saga FL menerima perubahan terbesar perubahan di bahagian depan dengan rupa yang direka semula, termasuklah gril dengan sayap, cermin sisi dengan lampu isyarat, serta lampu belakang yang lebih kecil.
8 bulan kemudian, Proton memperkenalkan Saga FLX, yang diberi nama P2-11C. Tambahan 'X' bermaksud Xtra.
Proton Saga 2016-2019
Proton Saga generasi ketiga dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016 di Setia City Convention Center di Shah Alam, Malaysia. Menggunakan platform Saga FLX, Proton merekayasa semula seluruh struktur badan, reka bentuk dalaman serta luaran. Gril dwi-bar ini mengingatkan kami kepada Perdana V6 (dan Saga 1985).
Proton Saga 2019-Terkini
Perubahan terbesar bagi model ini merupakan penggunaan transmisi 4-kelajuan automatik yang menggantikan CVT Punch, serta gril depan yang kini menggabungkan corak "Infinite Weave” yang membuat debutnya di Proton X70. Motif ini kini menjadi ‘trademark’ Proton, dan juga digunakan pada facelift Iriz dan Persona 2021.
Terdapat sirip krom di bawah yang “menampung” gril ini, menjadikan keseluruhan kawasan gril lebih tinggi.Kalau anda nak tahu, kereta elektrik tidak perlu langsung menggunakannya, tetapi beberapa model tetap dilengkapi dengan ciri ini demi menarik minat pembeli.
Setelah 36 tahun, Proton Saga kekal sebagai salah satu kereta rakyat yang popular dan relevan di bumi Malaysia. Dengan pakej harga mampu milik, jimat minyak, penyelenggaraan murah, serta praktikal, hanya masa yang akan menentukan bagaimana evolusi Saga generasi akan datang. Kami yakin legasi tanda nama ini tidak akan dimatikan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.