Mitsubishi Motors Corporation bukanlah suatu nama asing dalam pembangunan kenderaan mesra alam. Malah, syarikat Jepun ini juga mempunyai perancangan besar dalam memacu pembangunan kenderaan hijau.
Mitsubishi Motors Corporation bukanlah suatu nama asing dalam pembangunan kenderaan mesra alam. Malah, syarikat Jepun ini juga mempunyai perancangan besar dalam memacu pembangunan kenderaan hijau.
Wawancara oleh CEO Mitsubishi Motors Corp, Takao Kato bersama Reuters telah mendedahkan posisi Mitsubishi terhadap perancangan tersebut.
Takao Kato berpendapat bahawa kenderaan hybrid adalah pemangkin kepada kenderaan mesra alam di ASEAN.
Walaupun terdapat beberapa kerajaan di rantau ini yang bertungkus-lumus untuk mempromosikan kenderaan elektrik sepenuhnya, Mitsubishi berpendapat bahawa kenderaan hybrid adalah “pilihan yang lebih realistik untuk rantau ini buat masa sekarang”.
Sesetengah pengeluar dilihat melangkau daripada enjin petrol ke motor elektrik sepenuhnya tanpa menceburkan diri dalam pembangunan enjin hybrid.
Selain daripada model Mitsubishi Outlander PHEV, Mitsubishi Xpander hybrid turut berada dalam perancangan syarikat tersebut. Mitsubishi Xpander hybrid dijangka akan hadir sekitar tahun 2023.
Pendapat yang dilontarkan oleh Mitsubishi adalah kuat. Hal ini kerana MItsubishi adalah antara peneraju kenderaan elektrik di dunia. Mitsubishi menjadi pengeluar kenderaan elektrik yang pertama di Malaysia dengan penjualan Mitsubishi i-MiEV pada tahun 2013.
Mitsubishi i-MiEV kurang mendapat tempat dan ini diperkuatkan lagi dengan pengguguran model tersebut di pasaran Amerika Utara. Justeru itu, Mitsubishi Motors tentu mempunyai alasan tersendiri untuk beralih fokus ke pasaran hybrid.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Mitsubishi Outlander Upcoming
Upgrade
Add your car