EON & Sahabat AutoFest 2024 iaitu acara jualan tahunan terbesar EON akan berlangsung pada hari minggu ini bermula 1 โ 3 Mac 2024 (Jumaat - Ahad) dari 10 pagi ke 6 petang di ibu pejabat EON di Glenmarie, Shah Alam.
Terdapat pelbagai pilihan model yang ada, dari Proton, Honda, Isuzu, Daihatsu, Audi sehinggalah ke Volkswagen. Semua kereta boleh dipandu uji dan anda yang berminat boleh membuat terus dalam acara tersebut. Model-model yang ada termasuklah Proton S70, EV smart #1 and #1 Brabus.
Peminat motosikal juga boleh melihat model-model Modenas dan Kawasaki.
"Dianjurkan bersempena ulangtahun ke-40 EON, EON & Sahabat AutoFest 2024 cukup istimewa kerana ia bukan hanya ada diskaun, promosi, dan pakej istimewa yang mengujakan," kata Akkbar Danial, CEO EON Berhad. Beliau turut menambah dengan mengulas bahawa "Kami mengubahsuai pengalaman membeli kereta dengan platform digital baru yang memberikan perjalanan pembelian yang lancar, cepat, dan bebas masalah kepada pelanggan kami. Fikirkan ia sebagai aplikasi pembiayaan digital segera di mana anda berpotensi membawa pulang kereta baru anda pada hujung hari yang sama".
Pelanggan yang membuat tempahan dan memohon pembiayaan melalui platform digital baharu EON dalam acara ini akan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 100,000 serta hadiah utama Proton S70.
Selain itu, kemudahan pertukaran kereta juga akan disediakan bersama dengan tawaran istimewa untuk permohonan insurans. Pakej auto-detailing juga akan ditawarkan bagi mereka yang ingin menambah seri pada kenderaan mereka.
Acara selama tiga hari ini juga akan mempamerkan produk dan perkhidmatan lain daripada jenama yang menyertai seperti AVIS car rental, Puspakom, Pos Malaysia dan Petromin Express, sebuah pusat perkhidmatan kereta cepat. Selain itu, wakil dari Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom akan turut hadir untuk membimbing mereka yang mencari pendidikan tinggi dalam sektor automotif dan industri berkaitan.
Sebagai tarikan tambahan, Bazaar Raya juga akan diadakan seiring dengan EON & Sahabat AutoFest 2024 menjelang bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya yang akan datang.
Pelbagai penjual dengan fesyen, hiasan, makanan dan tawaran lain telah diatur bersama dengan sejumlah aktiviti seronok seperti trak makanan, penampilan selebriti dan kawasan kanak-kanak yang dikhaskan.
Ruang letak kereta yang mencukupi disediakan untuk pengunjung termasuk di Wisma DRB-Hicom berdekatan, dengan perkhidmatan 'shuttle' percuma yang membawa mereka dari sana dan juga dari stesen LRT Glenmarie.
Juga baca: EON jadi pengedar sah EV Smart Malaysia, 5 lagi akan diumumkan nanti