EKSKLUSIF! Imej Toyota Avanza 2022 serba baru bocor - skrin infotainment terapung, EPB
Zamil Syaheer Β· Oct 16, 2021 11:00 AM
0
0
Inilah dia tuan-tuan dan puan-puan, imej Toyota Avanza7-tempat duduk 2022 serba baru yang akan datang telah tular. Cantik kan?
Laman sosial dari Indonesia telah memuat naik beberapa keping imej khas ini sambil memperincikan ciri seperti skrin infotainment tengah terapung, kawalan penghawa dingin digital, dan brek parkir elektronik (EPB).
Avanza generasi seterusnya dengan nama kod D26A, mungkin akan mengekalkan penggunaan enjin 1.3 liter 1NR-VE atau 1.5 liter 2NR-VE dari generasi terkini, termasuklah output kuasa (masing-masing 97 PS dan 104 PS).
Walau bagaimanapun, kemungkinan besar Avanza serba baru ini tidak lagi menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan yang ketinggalan zaman. Sebaliknya, ia mungkin menggunakan automatik CVT dan menghantar kuasa ke roda depan, bukan lagi belakang.
Dari segi keselamatan pula, Avanza serba baru mungkin akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu lanjutan ‘Toyota Safety Sense’ (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti AEB, Lane Keep Assist (LKA) dan Adaptive Cruise Control (ACC).
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.