window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022!

Khairil ยท Nov 21, 2022 03:00 PM

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 01

Pelumba yang diberi julukan Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley bersama rakan sepasukannya, Muhammad Naquib Nor merangkul kemenangan edisi ke-14 perlumbaan Sepang 1000KM (S1K), semalam yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 02

Kejayaan itu pasti manis buat Tengku Djan yang sekadar menamatkan perlumbaan edisi lalu di kedudukan podium bersama pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 01

Memulakan perlumbaan di petak utama, gandingan Tengku Djan/Naquib yang memandu jentera Toyota Vios menamatkan perlumbaan 181 pusingan penuh sukar itu dengan catatan 8 jam 32 minit 41.305 saat.

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 02

"Cara yang terbaik untuk menamatkan tahun 2022. Bermula di petak utama dan meraih kemenangan. Terima kasih kepada semua orang yang menjadikan ini kenyataan. S1K sentiasa membabitkan kerjasama berpasukan. Tahniah!," kata Tengku Djan.

Menamatkan saingan di tangga kedua kelas M Production adalah gandingan Hayden Haikal/Hii Wan Jian dari pasukan Wing Hin Motorsports yang memandu jentera Toyota Yaris ketinggalan 6.299 saat.

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 03

Gandingan Mitchell Cheah Min Jie dan Brendan Paul Anthony dari pasukan Hi-Rev Dream Chaser melengkapkan kekdudukan podium bersama jentera, Suzuki Swift.

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 04

Podium perlumbaan kelas S Production 2G

Sementara itu, gandingan Mohd Syahrizal Jamaluddin/Shazull Hisham Harun dari pasukan Empire M Racing memenangi perlumbaan kelas S Production 2G. Memandu Honda Jazz, gandingan ini melakukan catatan 8 jam 34:47.793 saat dalam 171 pusingan.

Di tangga kedua ialah gandingan Andrea Cecchellero/H.M Tauhid Anwar/Ishayet Hossain (R Engineering HMRT) manakala Ken Urata, Makoto Fujiwara dan Masahiko Ida dari RWorks Riyoz melengkapkan kedudukan podium.

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 05

Podium kelas S Production 2V

Kemenangan kelas S Production 2V pula menjadi miliki gandingan William Chong, Takashi Ito, Mohamed Hafez Kamaruddin dan Ahmad Ridhwan dari RWorks Riyoz selepas melakukan 8 jam 33:39.161 saat daripada 168 pusingan.

Karurosu Honda, Ito Rina, Ohno Takahisa dan Ng Kim Ngee juga dari RWorks Riyoz meraih tempat kedua dengan gandingan Jansen Tan Lye Wee, Lim Wei Cheik dan Steve Toh Se Wai (Applied Performance X LW) di tangga ketiga dengan ketiga-tiga pasukan memandu Suzuki Swift.

Duo Toyota Gazoo Racing Malaysia sukar dicabar, Tengku Djan, Naquib takluk kelas M Production S1K 2022! 06

Podium Vios Enduro Cup

Dalam perlumbaan Vios Enduro Cup, kemenangan menjadi milik gandingan Al Farouk/Abdul Miqail (23 Motors) dengan gandingan Ady Rahimy/Amirhusin Muba juga dari 23 Motors, kedua dan Mirza Syahmi Mahzan/Aiman Haziq Aidi/Khair Nur Adi/Khair Nur Adli dari Carroof Motorsport ketiga.

Kedudukan podium S1K 2022

M Production

  1. Tengku Djan Ley/Muhammad Naquib Bin Nor (Toyota Gazoo Racing Malaysia) Toyota Vios, 181 lap, 8 jam 32:41.305 saat
  2. Hayden Haikal/Hii Wan Jian (Wing Hin Motorsport) Toyota Yaris, +6.299 saat
  3. Mitchell Cheah Min Jie/Brendan Paul Anthony (Hi-Rev Dream Chaser) Suzuki Swift, +1 minit 59.442 saat

S Production 2G

  1. Mohd Syahrizal Jamaluddin/Shazull Hisham Harun (Empire M Racing) Honda Jazz, 171 lap, 8 jam 34:47.793 saat
  2. Andrea Cecchellero, H.M Tauhid Anwar/Ishayet Hossain (R Engineering HMRT) Honda Jazz, 170 lap, 8 jam 33:50.496 saat
  3. Ken Urata/Makoto Fujiwara/Masahiko Ida (RWorks Riyoz) Honda Jazz, 169 lap, 8 jam 33:33.528 saat

S Production 2V

  1. William Chong/Takashi Ito/Mohamed Hafez Kamaruddin/Ahmad Ridhwan (RWorks Riyoz) Suzuki Swift, 168 lap, 8 jam 33:39.161 saat
  2. Karurosu Honda/Ito Rina/Ohno Takahisa/Ng Kim Ngee (RWorks Riyoz) Suzuki Swift, +1 minit 09.493 saat
  3. Jansen Tan Lye Wee/Lim Wei Cheik/Steve Toh Se Wai (Applied Performance X LW) Suzuki Swift,  167 lap, 8 jam 34:02.249 saat

Vios Enduro Cup

  1. Al Farouk/Abdul Miqail (23 Motors) 166 lap, 8 jam 33:03.442 saat
  2. Ady Rahimy/Amirhusin Muba (23 Motors) 165 lap, 8 jam 33:03.389 saat
  3. Mirza Syahmi Mahzan/Aiman Haziq Aidi/Khair Nur Adi/Khair Nur Adli (Carroof Motorsport) +1 minit 25.184 saat

Juga baca: Edisi ke-14 S1K 2022 hujung minggu ini himpun 77 jentera, masuk percuma, jom!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda