Apabila “Drift King” Keiichi Tsuchiya memulakan saluran YouTubenya sendiri, anda mungkin tidak mengharapkan apa-apa selain dia melenjan kereta yang ditala dan jentera eksotik di 'touge' atau salah satu daripada banyak litar yang bersepah di Jepun. Namun anda perlu ingat, dia masih manusia biasa, dan memerlukan makanan untuk hidup.
Pilihan “Drift King”? Happy Meal daripada McDonald’s. Tetapi, jentera yang dipilih untuk pergi ke pandu lalu bukan sebarangan punya jentera, tetapi Honda Civic Type R FL5 serba baru yang menghembuskan 330 PS. Lain macam.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Di antara penggambaran dengan Civic Type-R baru di Litar Lumba Hutan Sodegaura yang ikonik di Chiba untuk saluran Drift King Television channelnya, Tsuchiya dan beberapa rakan menggunakan Civic Type-R untuk singgah sebentar ke McDonald’s.
Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda?
Sebagai warganegara Jepun yang bertanggungjawab, Drift King tidak pernah menguji prestasi sedan ini di jalanan secara haram, tetapi sempat membuat beberapa demonstrasi pecutan dengan dalam had laju yang sah.
Tsuchiya amat terpesona dengan peningkatan ‘boost’ yang pantas, dengan ia menendang di atas 2,000 RPM sehingga ke garisan merah.
Malah kluster instrumen digital memberi penghormatan kepada Honda S2000 dengan susun atur dalam mod R+ yang meniru paparan dari tachometer S2000.
Dia menyatakan pandangan bahawa pilihan transmisi manual sesuai untuk golongan yang ingin merasakan pengalaman pemanduan yang lebih, tetapi juga mengatakan bahawa mereka yang mengejar masa pusingan dan kelajuan langsung akan memilih pilihan transmisi dwi-klac atau automatik dengan ‘paddle shifters’.
Baca juga: Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!
Pengalaman pemanduan ringkas di jalan raya dipenuhi dengan pujian tinggi terhadap tahap keselesaan dan keupayaan untuk membawa empat orang dewasa tanpa masalah.
Tambahan pula, penumpang belakang memuji reka bentuk tempat duduk belakang yang ‘memegang’ semasa mengambil selekoh tanpa mengganggu tahap keselesaan. Menarik bukan?
Baca juga: Pujian tinggi: Tonton Drift King, Keiichi Tsuchiya terpesona dengan Honda Civic 2022!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });