Dalam acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023 yang berlangsung sejak minggu lalu, PT Astra Daihatsu Motor (ADM) telah melancarkan Daihatsu Xenia Limited Edition.
Versi yang ditawarkan pada harga 264.3 juta IDR (~RM 79.6k) ini hanya dikeluarkan sebanyak 20 unit dan tujuannya adalah bersempena ulangtahun ke-20 Xenia dalam pasaran Indonesia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kata Hendrayadi selaku Ketua Bahagian Pemasaran dan Hubungan Pelanggan PT Astra International Daihatsu Sales Operation (AI-DSO), “Sebanyak 700 unit telah dijual sejak 2004 dan disebabkan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang mempercayai Xenia sebagai pilihan utama mereka”.
Berkenaan model terhad ini, ia sebenarnya varian 1.3 R ADS CVT tetapi dengan sentuhan istimewa seperti warna badan dwi-tona dan rim hitam.
Selain itu, terdapat sentuhan hitam kilat pada bahagian gril, perumah lampu kabus dan cermin sisi.
Satu lagi keunikan versi terhad ini adalah sentuhan garisan beraksen merah yang melintangi antara hud enjin dan lampu depan.
Dari segi trenkuasa, ia kekal dengan nadi 1.3L 1NR-VE yang menghasilkan 98 PS dan 121 Nm tork.
Ciri keselamatan yang didatangkan pula termasuklah Leading Vehicle Departure Warning, Collision Warning Function, Pedal Misoperation Control, Slide & Curtain Airbag dan Blind Spot Monitoring.
Kredit foto: AutoFun ID
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });