window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi

Mersita · May 4, 2021 08:00 AM

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 01

Daihatsu Move tidak pernah dijual di Malaysia. Namun, ia masih lagi dikenali oleh ramai rakyat Malaysia melalui kereta mini ‘kei’ iaitu Perodua Kenari – Daihatsu Move generasi kedua yang dilencanakan semula.

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 02

Perodua Kenari

Daihatsu Move (LA150) generasi keenam yang terkini akan menjadi model terakhir dalam keturunan Daihatsu Move. Mula-mulanya dilancarkan pada 2014, Move sudah lama menunggu penggantinya. Namun, menurut satu laporan dikeluarkan media dari Jepun, Daihatsu tak lama lagi akan menggugurkan Move (dan Move Custom).

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peningkatan dari segi permintaan untuk kelengkapan keselamatan lebih baik serta kos pematuhan standard pelepasan gas ekzos telah melonjakkan harga kebanyakan kereta-kereta ‘kei' – satu kategori kereta mini yang dipotong cukainya di Jepun.

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 01

Daihatsu Move ditawarkan dalam dua pilihan penggayaan – Move dan Move Custom

Hasilnya, jurang harga antara kereta kei segmen A ini dengan kereta segmen B yang lebih besar sedikit menjadi semakin rapat. Oleh itu, permintaan bagi kereta kei segmen A semakin perlahan.

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 02

Daihatsu Move Canbus

Daihatsu, dahulunya jenama kereta kei No.1 di Jepun (kini takhta dipegang Suzuki, namun Honda N-Box model paling laris), kini dilaporkan sedang merancang untuk menyusun-atur semula barisan modelnya memandangkan permintaan bagi kereta keinya semakin perlahan manakala permintaan bagi kereta bukan kei bersaiz besar sedikit semakin meningkat (contohnya, Daihatsu Rocky).

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 03

Daihatsu Move serta kembarnya yang lebih ‘funky’ iaitu Move Custom dilaporkan akan digabungkan dengan Move Canbus bagi menghasilkan satu barisan model sahaja.

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 04

Berbeza dengan Move biasa serta Move Custom, Move Canbus memaparkan pintu gelongsor di belakang – sesuatu yang amat penting di Jepun bukan sahaja kerana ruang parkir di negara itu yang sempit, namun kemudahan untuk keluar masuk kereta dengan pintu jenis ini juga amat digemari ramai.

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi 05

Pintu gelongsor merupakan satu perincian penting dan mesti ada bagi kereta bandar di Jepun – Tanto (kiri) dan Move Canbus (kanan)

Daihatsu tidak mendedahkan jumlah jualan bagi setiap model individu di dalam siri Move, namun jualan kumulatif 2021 bagi seluruh rangkaian Move menurun hampir 10 peratus tahun demi tahun – jumlah keseluruhannya 31,600 unit setakat Mac 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda