window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn

Zamil Syaheer · Jan 8, 2021 09:00 AM

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 01

COO Nissan baru Ashwani Gupta kini berdepan tugas besar untuk membersihkan segala ‘taik’ yang ditinggalkan oleh Carlos Ghosn, bekas Pengerusi dan CEO Perikatan Renault Nissan Mitsubishi.

Gupta sebelum ini pernah menjadi COO Mitsubishi Motor dan telah dilantik sebagai COO Nissan sejak Ogos 2019. Dia ditugaskan untuk mengeluarkan Nissan dari kemelut kewangan dan menguatkan syarikat Nissan dengan memberi fokus lebih kepada pasaran utama seperti Amerika Syarikat, China, dan Jepun.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan kini berada dalam situasi yang agak teruk dan terpaksa melangkah keluar dari pasaran yang kurang menguntungkan. Baru-baru ini mereka terpaksa mengurangkan pelan pemasaran di Eropah, satu langkah yang diakui amat sukar untuk dilakukan.

"Eropah adalah pasaran yang sangat penting bagi kami," tegasnya. Tetapi - ia bukan pasaran "teras", "kata Gupta kepada Car Magazine UK dalam temu bual pada bulan Disember.

Pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19 melanda, penjualan Nissan di Eropah telah menurun sepertiga dari tahap 2017. Nissan Juke yang pernah dipuji sebagai crossover terlaris di Eropah, merosot selama 9 tahun sebelum digantikan oleh model generasi kedua. Nasib yang sama juga kena pada Nissan Qashqai yang sudahpun berada di pasaran selamat 7 tahun.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 01

Di pasaran ASEAN pula, Nissan baru sahaja menutup kilangnya di Indonesia. Barisan model di Indonesia kini terdiri daripada model volum rendah buatan Thailand dan Jepun yang diimport, sementara Nissan Grand Livina dihasilkan di bawah kontrak oleh Mitsubishi.

Nissan Motor Indonesia (anak syarikat milik penuh Nissan Motor) hanya menjual separuh dari jumlah kereta berbanding apa yang Edaran Tan Chong Motor berjaya jual di Malaysia walaupun pasaran kereta Malaysia hanya separuh lebih besar dari Indonesia.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 02

Nissan Serena adalah salah satu produk yang berjaya bagi syarikat itu.

Oleh itu, jika anda pernah fikir bahawa jenama Nissan akan lebih baik di bawah Nissan Motor dan bukannya Tan Chong, anda perlu fikirkan semula.

Gupta menelusuri masalah yang menimpa Nissan hari ini dengan cita-cita ekspansi sebelumnya (rujukan yang jelas pada era Carlos Ghosn) yamg agak melampau. Disebabkan ini, ia mengganggu pelan untuk mengembangkan produk di masa depan.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 03

ETCM adalah pengedar berprestasi terbaik Nissan di rantau ini.

Nissan telah membelanjakan sumbernya dengan terlalu banyak dan konfiden bahawa pasaran akan berkembang, tetapi itu tidak berlaku. Akibatnya, tidak ada banyak wang yang tinggal untuk mengembangkan produk masa depan. Tanpa produk baru, prestasi penjualan Nissan menurun dengan agak drastik.

Pada tahun 2011, Nissan ingin mencapai tahap 8 peratus di saham pasaran global serta 8 peratus margin keuntungan dalam tempoh 6 tahun. Tetapi sebaliknya yang terjadi dan Nissan mengakhiri tahun kewangan terakhirnya (berakhir Mac 2020) dengan kerugian USD 6.2 bilion, jumlah yang terburuk dalam 20 tahun.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 04

"Kami terlalu gopoh untuk berkembang di dunia, menjangkakan bahawa pasaran automotif global akan berkembang dan prestasi penjualan kami akan sangat baik. Kedua-dua perkara itu tidak berlaku, "kata Gupta.

"Apabila getah menyentuh tanah, anda boleh bau asap," tambahnya.

"Akibatnya kami menjual kereta yang tua serta barisan kereta yang terlalu besar. Ini semua berdasarkan pelaburan: jika anda tidak mempunyai pendapatan, anda tidak boleh memiliki kereta [baru]. Ini adalah kitaran yang kejam. Jadi apa yang Nissan katakan adalah: mari kita rasionalkan isu ini. "

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 05

Nissan X-Trail generasi ini sudahpun berusia 7 tahun - tiada lagi model pengganti bagi pasaran pandu kanan.

Untuk membaiki masalah ini, Nissan perlu berundur dan fokus pada pasaran yang paling menguntungkan terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada seluruh dunia. Mengambil Eropah sebagai contoh, Gupta menjelaskan:

"Jumlah keseluruhan industri adalah 15 juta. Itu bukan pasaran yang kecil. Tetapi pegangan kami adalah 2.5 peratus. Kami tidak boleh melakukan segalanya, jadi kami akan fokus pada kekuatan kami. Di Eropah, kereta seperti Qashqai, Juke, dan X-Trail adalah fokus utama. Kemudian dari segi teknologi pula, kami akan menggunakan kuasa elektrik dan pemanduan autonomi. "

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 06

X-Trail (Rogue) generasi ke-4 hanya dijual di Amerika Utara (AS/Kanada)

Mengulas secara rasional untuk fokus pada AS, China, dan Jepun, Gupta berkata, “AS, China, Jepun adalah pasaran terbesar bagi kami. Di AS, bahagian pasaran kami lebih daripada tujuh peratus, di Jepun dan China lebih dari 10 peratus. Keuntungan? Ya di China dan Jepun, dan di AS, kami fikir kami berpotensi untuk melakukannya. "

Di pasaran ASEAN pula, Nissan Almera serta Nissan Kicks serba baru telah memberi nafas baru kepada jenama Nissan – bolehlah pengedar di sini cari makan sikit.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 07

Nissan Kicks laku keras di Thailand, sehinggakan mereka membuka lebih banyak peluang pekerjaan disebalik pandemik Covid-19 sebab tempahan untuk Kicks jauh lebih banyak dari apa yang kilang mereka boleh bina.

Jika tiada aral melintang, Nissan Kicks bakal dilancarkan disini pada tahun 2021. Nissan Almera pula merupakan produk Nissan baru yang terbaik dilancarkan di Malaysia. Ia kekal sebagai satu-satunya sedan segmen B yang dilengkapi dengan fungsi AEB sebagai standard pada semua varian.

COO Nissan: kereta terlampau tua dan terlalu banyak model, salah CEO lama Ghosn 08

Sebelum anda menuding jari sepenuhnya kepada Carlos Ghosn, anda perlu membaca rencana tentang sejarah pengurusan Nissan. Tidak sama seperti Toyota atau Honda, Nissan memiliki barisan pemimpin yang panjang. Individu ini juga sering membuat banyak keputusan buruk untuk Nissan.

Masa awal pengurusan Carlos Ghosn di Nissan, dia harus diberi kredit kerana berjaya menyelamatkan syarikat itu dari tutup buat selamanya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda