window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga?

Haris · Feb 21, 2023 05:00 PM

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga? 01

Pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang sedang berlangsung, Chery mengumumkan harga pra-tempahan bagi Chery Omoda 5, produk global pertama syarikat itu. Hanya satu pilihan enjin diumumkan dalam dua varian iaitu:

  • Chery Omoda 5 Z – IDR 328 juta (~RM 96k)
  • Chery Omoda 5 RZ – IDR 398 juta (~RM 116k)

Harga tersebut jauh lebih rendah daripada Honda HR-V asas yang bermula dari IDR 375.9 juta (~RM 110k) namun harga awal Omoda 5 masih belum dimuktamadkan.

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spesifikasi enjin tunggal yang ditawarkan untuk Chery Omoda 5 pasaran Indonesia ialah enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 147 PS dan 230 Nm, dipasangkan dengan transmisi automatik CVT dengan 9 gear maya. Perlu diingatkan  bahawa output kuasa kuda yang disebut dalam siaran akhbar Indonesia kurang daripada model pasaran China (156 PS).

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga? 01

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

SUV crossover ini menggabungkan reka bentuk futuristik urban yang berdasarkan falsafah "Art in Motion" bersama-sama dengan ciri-ciri berteknologi tinggi.

Ciri-ciri standard pada model Chery Omoda 5 pasaran Indonesia termasuk lampu depan dan belakang LED, rim 18-inci serta panel dwi instrumen dan paparan infotainment 10.25-inci.

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga? 02

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

Varian RZ yang lebih tinggi menambah beberapa ciri menarik termasuk sistem audio Sony 8-speaker, cermin sisi dengan fungsi pemanasan, cermin kaca akustik, pembantu suara pintar, dan lampu signal LED berturutan.

Seperti mana-mana SUV moden, Chery Omoda 5 dilengkapi dengan suite ADAS sebagai standard pada kedua-dua varian yang terdiri daripada kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan pelayaran bersepadu (ICA), dan Lane Keep Assist.

Baca: Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih "stylo" dan berkuasa daripada X50 / HR-V!

Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga? 03

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

5 warna juga ditawarkan untuk Omoda 5 di Indonesia iaitu Grey Morganite, Black Platinum, Blue Turquoise, White Howlite, dan satu lagi warna 2-tona yang tidak disebutkan.

Walaupun ini adalah harga awal untuk Omoda 5, SUV itu masih belum dilancarkan di Indonesia. Mungkin pencabar Honda HR-V futuristik itu boleh dilancarkan di Malaysia sebelum Indonesia dengan Chery menjangkakan akan melakukan kebangkitan semula jenama di sini sekitar separuh kedua 2023.

Baca: Malaysia akan menjadi negara pertama melancarkan Chery Omoda 5 pandu kanan CKD pada pertengahan 2023!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda