Cari idea nak ‘make-up’ Perodua Ativa? Daihatsu akan mempamerkan Rocky e:smart Hybrid ‘modified’
Zamil Syaheer · Dec 27, 2021 06:00 PM
0
0
Dua versi Rocky e:Smart yang unik bakal dipamerkan
Versi Premium mendapat sentuhan biru kontra
Versi Crossfield sedia untuk menangani hutan belantara
Di Tokyo Auto Salon 2022 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Januari, Daihatsu akan mempamerkan dua contoh Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang diubahsuai.
Rocky berwarna biru dan perak ini dipanggil Rocky Premium Version. Warna biru ini digunakan pada pelbagai bahagian eksterior, termasuk bahagian lampu kabus hadapan, cladding badan, cermin sisi dan bumbung. Menurut Daihatsu, Rocky Premium Version sepatutnya menjadi "SUV kompak premium yang sesuai dengan bandar".
Tetapi jika penampilan premium bukan apa yang anda idamkan, mungkin Rocky kedua lebih sesuai. Dipanggil Rocky Crossfield Version, ia mendapat trim hitam matte sebagai gantian trim biru Rocky Premium Version. Terdapat juga rak bumbung Yakima dan mud flaps untuk penampilan off-road.
Menjana kuasa Rocky e:smart Hybrid ialah sistem hibrid e:Smart 1.2 liter yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm. Penjana kuasa hibrid ini berfungsi sama dengan penjana kuasa hibrid Nissan e-Power di mana ia merupakan sistem hibrid penuh.
Ingat tak Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid JDM yang berjalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur beberapa bulan lalu? Sebenarnya, Perodua sedang mengkaji penerimaan rangkaian kuasa hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia, serta kedudukan harga Perodua Ativa Hibrid yang dikatakan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.