window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP!

Khairil · Oct 18, 2022 04:00 PM

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 01

Boon Siew Honda (BSH), baru-baru ini menayangkan imej 'teaser' sebuah model baharu yang bakal ditawarkan di pasaran Malaysia di laman Facebook rasmi syarikat itu. Begitupun, reaksi yang diperoleh daripada hantaran itu tampak bercampur baur.

Tiba dengan kapsyen “Sesuatu Yang Menarik Akan Datang November 2022”, tetapi jika diperhatikan daripada imej 'siluet' berkenaan, model yang ditayangkan itu mirip Honda Vario 150 eSP yang sudah agak purba di pasaran negara jiran.

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika dibandingkan, Honda Vario 150 eSP sememangnya mempunyai perbezaan dengan Honda Vario 150 yang masih dijual di pasaran tempatan ketika ini termasuk di bahagian rekaan terutama di bahagian depan, seperti ditunjukkan dalam gambar berkenaan.

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 01

Honda Vario 150 eSP

Selain rekaan lampu depan, turut berbeza adalah bahagian belakang dan panel tepi tetapi secara keseluruhan, ia tidak terlalu mengujakan.

Ini kerana di pasaran negara jiran, generasi terbaharu Honda Vario sudah berada di pasaran dan dikenali sebagai Honda Vario 160.

Selain trenkuasa lebih berkuasa, canggih seperti namanya, pembaharuan yang dibawa Honda kepada Honda Vario 160 sememangnya cukup komprehensif terutama di bahagian rekaan yang lebih ranggi dan moden.

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 02

Honda Vario 160

Justeru, ramai yang berharap model berkenaan menjadi penawaran BSH berikutnya di Malaysia namun imej teaser yang dipaparkan nampak 'terbabas' daripada harapan. 

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 03

Selain Honda Vario 160, rata-rata pasaran di pasaran negara jiran terutama Indonesia dan Thailand sudah pun meliputi Honda PCX 160, dan Honda ADV160.

Tidak dapat dipastikan sama ada BSH memang bebar-benar akan melancarkan Honda Vario 150 eSP tetapi jika benar, ia memang sedikit mengecewakan.

BSH tayang 'teaser' model baharu, ramai harap Vario 160 tapi 'siluet' macam Honda Vario 150 eSP! 04

Tetapi jangan terlalu kecewa, mungkin ada kejutan yang dirancang oleh BSH namun hanya kita yang lalai. Jadi sama-sama kita tunggu dan lihat.

Juga baca: Honda ADV 160 (2022) debut di Thailand, ada varian istimewa, harga bermula RM 12.3k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda