window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac

Faisal · Feb 20, 2023 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 01

Melihat pada bahagian depan, Honda City facelift nampaknya akan tampil dengan trim krom atas lampu yang lebih tirus. Dalam masa yang sama, gril depannya menonjolkan corak sama seperti City RS, cuma paten yang akan diguna nampak sedikit besar.

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 02

Di bawahnya pula ada bampar baru yang turut menampilkan perumah lampu kabus baru, dah lebih kurang sama macam Honda Civic.

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 03

Beralih ke bahagian belakang, elemen diffuser nampaknya dipanjangkan lagi daripada model sekarang.

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 04

Untuk bahagian dalam, berdasarkan imej yang bocor ini, penampilan kabin Honda City facelift nampak lebih kurang sama. Apapun, beberapa portal automotif India melaporkan bahawa City facelift mungkin diperbaharui dengan ciri pengecas nirwayar dan penyejuk tempat duduk.

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 05

Enjin 1.5L hibrid i-MMD pada varian RS.

Dari segi teknikal, pilihan trenkuasa dijangka kekal sama. Bagi anda yang belum tahu, Honda City secara umumnya datang dengan pilihan enjin 1.5L NA (121 PS, 145 Nm). 1.5L hibrid (109 PS, 253 Nm) dan 1.0L turbo 3 silinder (122 PS, 173 Nm). Di Malaysia, hanya enjin pertama dan kedua sahaja yang ditawarkan.

Jadi dengan Honda City facelift yang bakal tiba, saingan sedan segmen B pasti akan lebih sengit kerana Vios generasi AC100/D92A sudahpun dirasmikan dan Nissan pula sedang membangunkan Almera facelift.

Juga bacaToyota Vios D92A 2023 'tapau' jualan Honda City sekali lagi di Thailand pada Januari, hampir x3 kali ganda!

BOCOR: Wajah Honda City facelift 2023 terdedah, ada unsur Civic, mungkin debut seawal Mac 06

Vios generasi baru, pencabar paling sengit buat Honda City facelift.

Menariknya, sumber sama memberitahu bahawa Honda City facelift mungkin diperkenalkan seawal Mac ini. Selama ini, Honda City di Malaysia ditawarkan pada harga RM 77,600 ke RM 108,800.

Untuk itu, terus ikuti perkembangan dari kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda