BMW Motorrad melancarkan skuter eletrik terbaharunya, BMW CE04 yang bukan saja sarat dengan teknologi terkini, namun reka bentuk futuristik dan digambarkan sebagai revolusi senyap atau 'silent revolution'.
Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!
Sekalipun ia bukan skuter elektrik pertama dari BMW - CE04 akan menggantikan C Evolution - motosikal ini dikatakan akan menjadi pencetus revolusi terhadap skuter elektrik terutama reka bentuknya yang unik dan elegan.
Menggunakan motor elektrik yang dijana bateri lithium-ion, BMW mendakwa ia mampu memerah kuasa setinggi 31 kW, iaitu setaraf 42 Hp dan tork 61.9 Nm bagi motosikal konvensional bersesaran sekitar 500 cc.
Justeru, ia mempunyai kuasa yang boleh dianggap baik bagi sebuah skuter dengan jarak pecutan dari 0 ke 50 kmj diperoleh hanya dalam tempoh 2.6 saat. Selain itu, BMW juga akan mengeluarkan varian 23 kW (31 Hp) untuk kelas lesen lebih rendah.
Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!
Meminjam teknologi daripada SUV terbaharu BMW, iX, CE04 boleh menempuh jarak sehingga 130 km untuk cas penuh. Kelajuan maksimum pula adalah sekitar 120 kmj yang membolehkannya menempuh laluan lebuhraya.
Untuk pengecasan, pek bateri lithium-ion CE04 boleh dicaj menggunakan soket di rumah atau alat pengecas awam 2.3 kW dengan tempoh mengecas ialah 4 jam 20 minit.
Begitupun, menggunakan pengecas pantas dari BMW Motorrad dengan input cas 6.9 kW, ia membolehkan temboh mengecas dipendekkan kepada 1 jam 40 minit. Untuk pengecasan dari 20 peratus ke 80 peratus, ia hanya mengambil masa 45 minit.
Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500
Ciri-ciri lain yang dipadankan kepada CE04 adalah teknologi Kawalan Kestabilan Automatik dan Kawalan Traksi Dinamik namun ia datang sebagai pilihan.
Tetapi, ia tetap dilengkapi dengan tiga mod tunggangan sebagai standard iaitu ECO, Rain dan Road namun untuk mod Dynamic, ia sekali lagi tampil sebagai pilihan.
Menggunakan kerangka 'tubular steel' dan lengan ayun tunggal, CE 04 dikatakan lebih stabil dan mudah ditunggang di kawasan bandar selain turut dilengkapkan dengan gear undur, ciri-ciri yang penting untuk motosikal didakwa seberat 231 kg.
Untuk sistem membrek, BMW CE04 menggunakan cakera berkembar pada roda hadapan dengan dan cakera tunggal pada rim belakang dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Instrumen meter TFT sebesar 10.25 inci dengan ciri navigasi. Tambahan lain ialah port USB type C dan ruang untuk simpan topi keledar. Dilengkapi set lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal membelok dan lampu brek
Untuk paparan kluster instrumen, BMW CE04 menggunakan skrin bersaiz 10.25 inci TFT berwarna penuh lengkap dengan navigasi dan sistem penyambungan sebagai standard. Lampu pula LED sepenuhnya.
Selain itu, CE04 juga datang dengan ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah helmet selain port pengecas USB-C.
Menurut laman web luar negara, harga yang ditawarkan untuk BMW CE04 ini adalah £ 11,700 (RM 67,339) apabila ia tiba di bilik pameran pengedar pada awal tahun 2022.