window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam?

Mersita · Feb 20, 2023 02:00 PM

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam? 01

Perkhidmatan bas percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen telah dilancarkan hari ini bagi memudahkan warga Parlimen dan pelbagai pihak bertugas untuk hadir ke sidang tanpa perlu beratur panjang atau mencari parkir.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkhidmatan bas percuma dikendalikan Prasarana ini dimulakan sebagai satu perkhidmatan alternatif bagi warga Parlimen untuk datang terus ke Parlimen menggunakan pengangkutan awam. Bas percuma ini disediakan bermula hari ini sehingga 6 April 2023 iaitu hari terakhir persidangan Parlimen kali ini dan akan dibuka semula bagi sidang seterusnya.

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Setiap hari persidangan ada lebih kurang 2,000 kereta sehari yang datang. Di bangunan Parlimen, tempat letak kereta ada kurang daripada 500 lot parkir. Maksudnya, 3 daripada 4 kereta yang masuk sukar untuk dapatkan tempat letak kereta kecuali datang benar-benar awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini memberikan kesan kepada warga yang bertugas di parlimen, termasuk media dan pegawai, yang terpaksa beratur panjang setiap pagi semata-mata untuk masuk dan mengambil pas keselamatan dan mendapatkan tempat letak kereta. Kadang-kadang hampir satu jam hanya untuk masuk ke parlimen,” ulasnya lagi.

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam? 01

Perjalanan bas perantara percuma T851 antara KL Sentral-Taman Botani-Parlimen ini merangkumi perjalanan kira-kira 5 km dan percuma untuk mereka yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen sahaja. Anggaran masa perjalanan satu hala laluan ini adalah antara 10 – 15 minit dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak.

Warga parlimen, termasuk para jemaah menteri, disarankan untuk menaiki bas ini dari KL Sentral atau dari Taman Botani Perdana dimana tersedia ruang parkir untuk ‘Park &. Jika perlu, penumpang hanya perlu turun di kaunter pintu utama Parlimen bagi mendapatkan pas keselamatan.

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam? 02

Perkhidmatan bas percuma ini merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan dan menelan belanja kos operasi RM 800 sehari bagi setiap bas. Anthony berharap inisiatif ini disambut baik oleh warga parlimen supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan lagi, selain mencetus lebih banyak perbahasan tentang pengangkutan awam di kalangan wakil rakyat.

Juga baca: RapidKL cuba bas mini Hino Poncho di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Stylo!

Bas percuma KL Sentral-Parlimen disediakan - sudikah menteri beri teladan guna pengangkutan awam? 03

Dua unit bas kecil Hino Poncho yang lebih pendek daripada bas biasa dipilih untuk perkhidmatan percuma ini dan dianggap amat sesuai untuk memasuki laluan sempit di perkarangan Parlimen. Menurut Anthony, penggunaan bas ini juga merupakan salah satu ‘proof of concept’ dalam ujian dijalankan Prasarana untuk melihat keberkesanan penggunaannya di laluan-laluan sempit seluruh negara.

Juga baca: Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda