window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023!

Khairil · May 4, 2023 06:00 PM

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 01

Skuter bergaya 'Adventure' yang dipadankan dengan trenkuasa hybrid, Aveta VADV150 Hybrid (2023) memperoleh penarafan lima bintang Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) dengan penyerahan penarafan itu dilakukan di acara Malaysia Autoshow 2023, hari ini.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 02

Dilancarkan pada pertengahan Mac tahun lalu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) memperoleh penarafan oleh Miros itu selepas melepasi beberapa siri ujian yang ditetapkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 01

Dijual pada harga RM 13,980 (asas), selain dipamerkan, pengunjung ke Malaysia Autoshow 2023 di Maeps turut berpeluang menunggang skuter berkenaan.

Penarafan lima bintang MyMAP terhadap Aveta VADV150 Hybrid (2023) sememangnya boleh dijangka kerana skuter berkenaan memang didatangkan dengan pelbagai ciri keselematan terkini.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 02

Antara yang utama ialah teknologi SAF ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) selain turut menjadi skuter pertama di Malaysia yang dipadankan dengan sistem DVR iaitu sistem kamera di depan dan belakang.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 03

Seperti video dashcam yang ada dijual di pasaran, kamera depan dan belakang itu turut bertindak sebagai perakam video tunggangan. Rakaman video itu boleh dilihat di panel meter TFT bersaiz 7 inci yang juga lengkap dengan pelbagai informasi lain.

Selain itu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut didatangkan dengan sistem lampu hadapan adaptif (AFS) yang menyaksikan ia boleh melaraskan pancaran cahaya secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 04

Mengulas trenkuasa, ia dijana enjin Hybrid bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 16.2 HP dan tork 14.6 Nm.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 05

Menerusi teknologi 'Hybrid', Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut mendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 06

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan visor angin boleh laras, kapasiti tangki bahan api besar 9.3 liter dan sistem kunci pintar.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dapat penarafan 5 bintang MyMAP, tunggang uji di Malaysia Autoshow 2023! 07

Tiga pilihan warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia ialah Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.

Juga baca: Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda