window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka!

Khairil ยท Apr 22, 2021 05:00 PM

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 01

Peminat skuter 'Adventure' di Malaysia baru saja memperoleh perkhabaran baik menerusi kehadiran WMoto XTreme 150i yang dijangka dapat memenuhi kehendak peminat motosikal dalam segmen berkenaan.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 02

Honda ADV 150 (kiri) dan WMoto XTreme 150i (kanan)

Sebelum ini, Boon Siew Honda (BSH) sudah pun membawa masuk model 'laku kerasnya' dalam segmen berkenaan iaitu ADV 150 pada Februari lalu.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti jangkaan, sambutan yang diperoleh memang cukup sehingga pihak BSH 'tidak cukup tangan' untuk melayan tempahan.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 01

Dan terbaharu, sebuah lagi motosikal skuter yang dikatakan boleh beraksi pada permukaan 'offroad ringan' itu dikhabarkan akan menjengah pasaran tempatan.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 02

Informasi itu dikutip daripada laman Facebook Tr Motorworld Branch Cheras yang memaklumkan motosikal Dayang ADV150 bakal diedarkan oleh syarikat pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing Sdn. Bhd dan sudah boleh ditempah.

Berdasarkan kapsyen daripada iklan berkenaan, harga jualannya adalah dibawah RM 10k dan akan berada di pengedar sekitar Jun atau Julai.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 03

Menariknya, ia adalah motosikal yang dianggap sebagai 'klon' Honda ADV 150 dari China iaitu Dayang ADV150. Ketika ini, model berkenaan sudah pun dilancarkan di pasaran China pada harga sekitar RM 10k ke RM 14k.

Juga baca: Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS, harga sekitar RM 10k!

Dari sudut reka bentuk dan spesifikasi, apa yang boleh digambarkan kepada motosikal ini adalah ia cukup sporty, menarik dan juga moden.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 04

Seperti namanya, ia menggunakan enjin 150 cc yang memberikan kuasa setinggi 16.45 PS pada 8,500 rpm dengan tork 14.6 Nm pada 6,500 rpm. Sebagai perbandingan, Honda ADV150 yang menghasilkan kuasa maksimum 14.5 PS pada 8,500 rpm dengan tork 13.8 Nm pada 6,500 rpm.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 05

Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan kamera depan dan belakang yang boleh dilihat secara terus di panel skrin digital dan rakaman kamera berkenaan boleh dimuat turun ke telefon bimbit menerusi aplikasi.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 06

Bagi menambah tarikan, ia juga mempunyai tangki bahan api besar (9 liter), sistem lampu penuh dari LED, skrin penghadang angin boleh laras, sistem penghidup tanpa kunci dan sistem brek cakera depan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 07

Selain itu, motosikal ini juga didakwa mampu meredah lalu offroad dengan baik yang dibantu dengan set roda 110/80-14 (depan) dan 130/70-13 (belakang) dengan jenis tayar yang digunakan daripada jenis semua permukaan 'All terrain'.

Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka! 08

Jika perkembangan ini benar, skuter ini berkemungkinan menjadi salah satu model terlaris dari Aveta yang sebelum ini sudah mengeluarkan beberapa model kapcai.

Sumber imej: newmotor

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda