Askar Rusia mungkin mati beku, kereta kebal tersekat dalam suhu -20 C berdepan masalah mekanikal
Mersita ยท Mar 11, 2022 09:00 PM
0
0
Peperangan yang tidak dirancang dengan baik boleh mengakibatkan kelumpuhan armada dan seterusnya nyawa askar terlibat. Dalam satu perkembangan baru berkaitan peperangan antara Rusia dan Ukraine, armada kereta kebal Rusia yang berbaris sepanjang 40 batu terhenti kira-kira 30 km sebelum menghampiri ibu kota Kyiv dan askar Rusia di dalam armada tersebut berisiko mati kesejukan.
Memetik laporan The Independent, kementerian pertahanan UK dan pegawai pertahanan AS berkata konvoi kereta kebal Rusia itu tidak bergerak selama beberapa hari. Armada ini dipercayai tersekat kerana berdepan dengan “masalah mekanikal, isu bekalan bahan api, dan pertahanan Ukraine yang semakin memuncak.”
Mantan mejar Tentera British, Kevin Price, memberitahu Daily Mail yang ‘tanker’ besi ini akan jadi seperti “40-tonne freezer” memandangkan suhu boleh menjunam turun dan mematahkan semangat askar Rusia yang belum bersedia untuk “Arctic-style warfare”.
Bahan api yang digunakan oleh kereta kebal pasukan penyerang itu tidak dapat dipastikan. Namun, menurut sejarah, armada kereta kebal digunakan oleh askar Nazi Jerman pada Perang Dunia Kedua untuk menyerang Rusia kira-kira 80 tahun lalu lumpuh disebabkan oleh suhu terlampau sejuk sehingga -40 C ketika Musim Sejuk Rusia melanda.
Ketika itu, askar Jerman yang tidak dilengkapi dengan keperluan dan peralatan dalam kempen perang musim sejuk dan isu ini melambatkan pergerakan mereka. Situasi ini membolehkan tentera Rusia untuk menggali parit, membina benteng pertahanan, dan menghalang askar Jerman dari Moscow.
Boleh dikatakan, suatu ketika dahulu Rusia terselamat dari serangan musuh disebabkan oleh cuaca sejuk dan sistem mekanikal kenderaan perang yang menggunakan diesel. Malah, sehingga kini, sebahagian besar dunia otomotif mahupun jentera peperangan masih lagi bergantung kepada bahan api konvensional yang tidak sesuai untuk kegunaan dalam cuaca sejuk.
Adakah situasi ini satu ironi bagi pihak ketenteraan Rusia yang tidak ‘sempat’ meneliti sejarah negaranya sendiri?
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.