window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar!

Khairil ยท Sep 20, 2021 08:00 PM

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar! 01

Syarikat pengeluar motosikal terkenal Itali, Aprilia sudah menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembuat motosikal China, Zongshen selama beberapa tahun bagi menghasilkan jentera bersesaran rendah dan sederhana.

Dan perkembangan terbaharu, dan pasti mengujakan terutama buat pasaran di rantau ini termasuk Malaysia, jalinan kerjasama itu bakal menghasilkan model 'Naked' berfairing dengan sesaran sederhana, Aprilia Tuono 250.

Juga baca: Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar! 01

Apa yang pasti, perkembangan ini bukan satu khabar angin kerana dokumen pengesahannya sudah pun difailkan di negara Tembok Besar berkenaan.

Dari sudut reka bentuk, model Tuono 250 tidak akan mengikuti rekaan terbaharu model berkenaan. Tetapi ia lebih mirip model generasi terdahulu Tuono 125 yang dikeluarkan pada tahun 2017 hingga 2020.

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar! 02

Daripada dokumen berkenaan juga, Tuono 250 akan menggunakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder seperti yang digunakan model RS 250 dengan kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 27.5 hp.

Sekalipun tampil dengan sesaran lebih besar, namun Tuono 250 akan menggunakan kerangka sama dengan model Tuono dan RS 125 berkemungkinan sebagai cara untuk mengurangkan kos.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Ciri-ciri lain yang dikongsikan oleh model berkenaan termasuklah set roda, brek dan sistem suspensi. Ini bermakna ia akan menggunakan fork jenis terbalik (USD) 40 mm, brek cakera tunggal 300 mm 4 piston lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di bahagian depan.

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar! 03

Aprilia Tuono 125 2021 di pasaran Eropah

Justeru, sedikit mengejutkan dengan penambahan kuasa, Tuono 250 tidak mengguakan saiz tayar yang lebih besar iaitu 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang).

Informasi lain yang terdedah daripada dokumen berkenaan adalah model ini akan memiliki berat 155 kilogram.

Aprilia Tuono 250 sedang dibikin, lagi model kerjasama dengan Zongshen bakal dilancar! 04

Aprilia RS125 2021 di pasaran Eropah

Berdasarkan dokumen yang terdedah itu, tidak banyak perbezaan diantara Tuono 250 dengan Tuono atau RS 125 yang memberikan petanda model berkenaan berkemungkinan tidak akan dijual di pasaran Eropah.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Tetapi kerana ia bakal dilancarkan di China, tidak mustahil model berkenaan bakal menjengah pasaran 'lebih dekat' terutama di rantau Asia Tenggara di mana motosikal dalam segmen berkenaan agak popular. Jadi, untuk peminat jenama berkenaan, anda boleh mula untuk merasa teruja.

Sumber: WarungAsep

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda